• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching Gara-Gara Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula

Oleh
Nazihah AN
7 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula, Individu Sanggup Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching

Lelaki dari Simunjan mengaku bersalah terhadap dua tuduhan

Individu Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching Gara-Gara Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula. Seorang individu tempatan bertindak memecahkan cermin kereta dan merosakkan telefon pintar bekas kekasihnya selepas gagal berbaik semula telah diambil tindakan terhadap perbuatannya.

Tertuduh, seorang lelaki berusia 20 tahun dari Kampung Spaoh, Simunjan, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Individu Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching Gara-Gara Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula
Individu Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching Gara-Gara Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula

Kejadian berlaku di Tingkat 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan mengarahkan tertuduh menjalani ikat jamin baik selama 12 bulan, dengan ikat jamin ditetapkan pada RM1,000 dan seorang penjamin selepas mendengar laporan sosial dari Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Menurut kedua-dua pertuduhan, beliau dituduh melakukan kerosakan dengan memecahkan cermin hadapan dan pintu kereta serta merosakkan telefon pintar milik mangsa perempuan berusia 23 tahun.

Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa adalah kira-kira RM1,050.

Beliau melakukan kesalahan di Tingkat 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada 2 dan 3 Jan, antara pukul 3.30 pagi dan 11.30 malam.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Lagi cerita semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris
Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau
Next Article Polis Sarawak Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai Hampir RM100 Juta Polis Sarawak Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai Hampir RM100 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?