• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba

Oleh
Husna Hazmi
3 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Siapa penggemar beehoon belacan anda perlu singgah di sini

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba. Tahukah anda bihun belacan atau mi belacan ini merupakan salah satu hidangan unik kegemaran masyarakat di Sarawak. Boleh dihidangkan sebagai menu sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam, bihun belacan ini amat sesuai untuk dinikmati bila-bila sahaja.

Kombinasi kuah pekat bihun belacan digabungkan dengan bihun, sotong kembang, hirisan timun dan yang paling penting telur padi atau digelar century egg ini pasti akan buat anda jatuh cinta dengan menu ini.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 port makan yang menyediakan bihun belacan paling mantap pak abu di Kuching.

1. Mom’s Laksa Jalan Astana

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba
Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba. Kredit gambar: FB Mom’s Laksa Jalan Astana

Walaupun terkenal dengan menu laksa Sarawak mereka, di sini juga ada menyediakan menu bihun belacan yang padu. Anda boleh ke Mom’s Laksa Jalan Astana untuk menikmati menu enak ini.

Maklumat penting

Lokasi: Ground Floor, Ave Astana, SL-2, Jalan Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 5:00am-4:30pm

Hubungi mereka:  019-812 8587

2. Lock Ann

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba
Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba. Kredit gambar: I Love Borneo

Terkenal dengan menu ais kacang nya yang enak dan menyegarkan, Lock Ann juga menyediakan bihun belacan yang lazat. Kombinasi bihun belacan dimakan bersama ais kacang sememangnya perfect! Lock Ann mempunyai 3 cawangan utama mereka iaitu di Jalan Satok, Matang dan Heritage, Kuching.

Maklumat penting

Lokasi: 2594, Jalan Satok, KNLD, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 11am-6pm

Hubungi mereka: 016-864 8338

3. Cendol Mami

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba
Kredit gambar: FB Cendol Mami

Selain dari cendolnya yang sedap, bihun belacan di sini juga menjadi menu kegemaran buat ramai pelanggan mereka. Bertempat di Jalan Matang, anda perlu cuba bihun belacan di sini bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.

Maklumat penting

Lokasi:  1, Q309, Taman Melati 2, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 11am-6pm

Hubungi mereka: 017-280 3474

4. Subree Kopitiam

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba
Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba. Kredit gambar: FB Zizie Bohari

Dihidangkan dengan portion yang besar beehoon belacan di sini juga memang sedap. Jika anda berkunjung ke Subree Kopitiam di Petrajaya ini, anda perlu pesan menu bihun belacan mereka.

Maklumat penting

Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 8am-8pm

5. Old Rex Cafe

Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba
Kredit gambar: FB Old Rex Cucur Udang Cafe

Kedai makan legend di Bandaraya Kuching ini juga menyediakan menu bihun belacan. Lokasinya di Jalan Satok, Old Rex Cafe juga terkenal dengan cucur udang mereka. Makan bihun Belacan bersama cucur udang legend pun sedap jugak.

Maklumat penting

Lokasi: GR SL2 LT569, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 6:30am-5:00pm

Hubungi mereka: 016-888 6700

Lagi port makan terbaik di Kuching buat anda:

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Ini 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Untuk Memulakan Hari Anda Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga
Next Article Tragedi Hitam Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?