• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik

Oleh
Ismail NA
30 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik

Resepi Kek Lapis Premium Kini Menjadi Trend, Wanita Ini Jual Resepi Straight dari Penang.

Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik. Kalau raya tahun 2024 ini anda semua hairan kenapa semua makcik-makcik atau kaum ibu sibuk dengan kek lapis, dan mereka gigih bertanya resepi kepada jiran-jiran sedangkan resepi biasa boleh tukar warna, anda sebenarnya perlu tahu sesuatu. Kek Lapis Sarawak pun dah upgrade ke rupa dan rasa yang lebih premium! Haa!

Wanita asal Sarawak ini telah memulakan trend kek lapis premium dengan rasa dan tekstur kek yang berbeza daripada kek lapis lain yang ada di pasaran. Dikenali sebagai Asiah Asong di laman FB nya, beliau telah berjaya mencipta dan menjual resepi kek lapis premium nya di platform media sosial walau pun beliau sendiri berada di Pulau Pinang.

Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik
Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik
Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik
Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik

Resepi Kek Lapis Asiah Menjadi, Tak Rugi Bayar

Asiah menawarkan pakej resepi kek lapis premium ini beserta dengan video dan ilustrasi bergambar pada harga yang berpatutan. Rata-rata netizen yang pernah belajar daripada beliau bukan sahaja berasal dari Sarawak tetapi juga seluruh Malaysia. Malah, mereka memberikan testimoni yang sangat padu setakat ini. Ibu-ibu, kakak-kakak, tak tergerak ke rasa nak buat kek cantik macam ni?

Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik
Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat WOW!

Apa Beza Kek Lapis Biasa dan Kek Lapis Premium?

Untuk pengetahuan anda, terutamanya mereka yang ingin membeli kek lapis sebagai buah tangan, kek lapis premium mempunyai rasa dan tekstur yang lebih halus dan diperbuat dengan menggunakan kos bahan yang lebih tinggi daripada kos biasa. Bahan-bahan yang digunakan biasanya bermutu tinggi dan adunan kek ini dicampurkan dengan whipping cream untuk memberikan tekstur licin dan lembut pada permukaan kek. Kek lapis premium ini pun kena ada cara memotong yang betul. Pastikan kek lapis masih berada dalam keadaan yang sejuk.

Kek lapis biasa pula menggunakan bahan-bahan yang berkos sederhana dan tidak terlalu mahal. Mentega yang digunakan juga adalah daripada jenis mentega yang biasa seperti jenama Buttercup atau pun paling bajet menggunakan marjerin. Aduh, tiba-tiba datang pula mood raya.

Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik
Tekstur kek lapis biasa. Kredit : sini.com.my

Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat Cantik

Inovasi kek lapis Sarawak ini merupakan satu perkembangan positif untuk produk pelancongan Sarawak. Sekurang-kurangnya pengusaha kek lapis di Sarawak ini boleh bersaing untuk menghasilkan inovasi kek lapis yang lebih sedap dan menjadi identiti negeri Sarawak. Di samping itu, boleh lah buat pendapatan sampingan macam Puan Asiah ini.

Like dan share post ini serta tag kawan-kawan anda yang dah lama mencari resepi kak lapis premium ini.

Baca juga artikel menarik, di sini:

Harus Guna Telur Gred A Atau AA, Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Hasilkan Kek Lapis Sedap
Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 6 Tempat Menarik Di Incheon Anda Boleh Lawati Dalam Masa 1 Hari Sahaja
Next Article 5 Daerah Di Sarawak Masih Tiada Hospital Walaupun Penduduk Lebih 30,000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?