Tahukah anda terdapat beberapa air terjun tersembunyi yang indah di Miri?
Ini adalah 2 Waterfall Tersembunyi Yang Anda Perlu Terokai Di Miri. Bagi pencinta alam semulajadi di luar sana, mari kita sama-sama menerokai keindahan air terjun tersembunyi di Miri ini!
Ini adalah senarainya:

Dalam bahasa Bidayuh Giam bermaksud air terjun atau cepat. Giam Klimau ini tersembunyi di sebalik ladang kelapa sawit.
Tempat yang menarik ini terletak di Niah, Miri. Masa terbaik untuk melihat kcantikan air terjun adalah pada musim hujan renyai supaya kita boleh melihat kejernihan air di sana.

Perjalanan ke Giam Klimau
Perjalanan ke Giam Klimau, akan melalui 15km ladang kelapa sawit yang mengambil masa dalam 30 minit hingga 40 minit perjalanan, menggunakan kereta.
Selepas itu anda akan sampai di satu jejak yang kelihatan dekat dengan air terjun. Untuk menuju ke air terjun tersebut, anda hanya perlu berjalan kaki yang singkat melalui semak dan akan sampai ke air terjun yang indah bergelar Giam Klimau.

Tekiwit Waterfall atau Segah Sela’an Waterfall di Ulu Baram ini sememangnya popular dengan keindahannya. Tempat ini bukan sahaja amat digemari oleh penduduk tempatan, tetapi pengunjung dari kawasan lain juga turut suka berkunjung di sini.
Di sini bukan sahaja menawarkan pemandangan yang hijau yang indah malah ianya juga merupakan pengembaraan alam bagi mereka yang ingin menjauhkan diri daripada suasana bandar.

Rumah penginapan, Segah Sela’an Homestay
Selain itu, berdekatan dengan tekiwit waterfall ini terdapat rumah penginapan, Segah Sela’an Homestay yang membolehkan orang ramai untuk beristirehat dan juga menenangkan fikiran selepas puas menjelajah air terjun di sana.
Kemudahan asas seperti dapur masak juga disediakan di dalam rumah penginapan ini. Kedai tempatan dan juga restoran yag menyajikan makanan tempatan turut disediakan di sini.