Jom amalkan pemakanan yang sihat mulai hari ini!
Ini Adalah 6 Port Makan Yang Menyajikan Hidangan Sihat Di Kuching. Pemakanan yang sihat tak semestinya anda hanya perlu makan sayur sahaja, pemakanan sihat adalah dengan memastikan makanan yang anda consume mengandungi nutrients seimbang dan penting yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Bukan senang untuk mengekalkan disiplin dalam menjaga pemakanan, jadi kali ini kami ingin mengesyorkan anda 6 port makan yang menyajikan hidangan yang sihat di Kuching.

Diet Fit
Diet Fit merupakan gerai makan di kubah ria yang menyajikan makanan yang sihat. Bagi mereka yang ingin bertukar kepada gaya hidup yang lebih sihat, ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.

The Raw Kitchen
The Raw Kitchen Viva City menawarkan menu vegan yang sihat buat para pelanggannya. Kesemua menu yang disajikan adalah plant based dan di sini mereka amat mementingkan pemakanan yang sihat buat semua. Bukan sekadar makanan yang sihat sahaja anda boleh dapati di sini, malah di sini juga ada menyediakan jus buah buahan yang amat menarik dan semestinya sihat!

Avocbar
Bertemakan makanan sihat berasaskan buah Avocado, Avocbar Saradise merupakan hidden gem bagi peminat buah Avocado. Walaupun menu mereka berasaskan makanan yang sihat, namun makanan yang disediakan memang padu, berkualii tinggi dan amat berbaloi. Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan, Avocbar adalah antara pilihan makanan sihat yang paling di syorkan!

Chicago 7
Pasti anda berasa pelik kan bagaimana Chicago 7 boleh tersenarai di dalam list ini? Untuk pengetahuan anda, ramai yang tak tahu di Chicago 7, Jalan Rock sebenarnya ada menyajikan makanan sihat bagi mereka yang ingin bertukar kepada healthier lifestyle!

Choo Choo Chicken
Eh, bukannya Choo Choo Chicken di Metrocity ni menyediakan ayam goreng korea ke? Ya memang menu utama mereka adalah ayam goreng korea, namun tahukah anda di sini juga ada menyediakan hidangan yang sihat dan juga sedap buat para pelanggan yang tengah nak jaga makan.

Ono Poké Bowl
Menawarkan makanan sihat dengan kualiti yang tinggi, Ono poké bowl Emporium adalah salah satu port yang menyediakan makanan sihat yang sedap! Di sini juga, terdapat menu vegan friendly buat vegan di luar sana.
Tunggu apa lagi, jomla kita cuba!