fbpx
Cerita Borneo

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera

Boleh tambah nama untuk ahli keluarga yang tidak mempunyai telefon pintar.

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera. Ada yang bingung macam mana nak bawa tanggungan masuk ke dalam premis sedangkan mereka tidak mempunyai telefon pintar untuk scan kod MySejahtera?

Tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh menjadi wakil kepada mereka dengan hanya satu imbasan sahaja?

Boleh check-in tanggungan bawah nama anda guna MySejahtera

Malaysia Government Call Centre (MyGOC) menerusi laman Facebook rasmi kelmarin berkongsikan jawapan tentang wakil kepada tanggungan untuk masuk ke premis perniagaan menggunakan MySejahtera.

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera
Sumber : MyGOC

Anda boleh menambah jumlah tanggungan ke dalam aplikasi MySejahtera di bawah nama anda. Mereka mestilah anggota yang merangkumi ahli keluarga sahaja seperti anak-anak, pasangan, saudara kandung, ibu bapa, mertua, nenek, datuk dan penjaga.

Dengan cara ini, anda boleh memasuki premis dengan mengimbas sekali atau check-in dengan nama yang telah didaftarkan.

Walau bagaimana pun, ahli keluarga tanggungan ini pula hendaklah ahli keluarga yang tidak memiliki telefon pintar untuk tujuan imbasan.

Ikuti langkah ini untuk mendaftar

Jom lihat panduan ringkas untuk menambah nama tanggungan dalam MySejahtera.

1. Buka aplikasi MySejahtera dan klik pada ‘Lain-lain’.

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera
Sumber : MyGOC

2. Klik ‘Tambah Tanggungan’

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera
Sumber : MyGOC
Sumber : MyGOC

3. Masukkan semua maklumat dan klik ‘Simpan’

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera
Sumber : MyGOC

4. Klik ‘Check-in

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera
Sumber : MyGOC

5. Klik pada nama yang ingin anda check-in sekali. Kemudian, tekan ‘Check-in’.

Ini Panduan Ringkas Masukkan Nama Tanggungan Dalam Aplikasi MySejahtera
Sumber : MyGOC

6. Itu sahaja!

Sumber : MyGOC

Mudah sahaja rupanya! Jika anda membawa ahli keluarga yang tidak mempunyai telefon ke premis selepas ini, boleh lah anda menggunakan kaedah ini untuk check in berbanding menulis nama secara manual.

Jimat masa dan tenaga. Jangan lupa, utamakan keselamatan dan penjarakan fizikal semasa berada di luar. Gunakan juga pelitup muka dan sentiasa cuci tangan anda, okay?

Selamat mencuba!

Baca juga artikel berkaitan :

Sumber
FB MyGOC

Artikel Berkaitan

Back to top button