• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau

Oleh
Nazihah AN
25 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau

Lukisan mural tersebut sebelum ini dikenali sebagai salah satu tarikan pelancong utama di Mukah

Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau. Berita mengejutkan melanda komuniti seni Mukah apabila diterima mesej mengenai kehilangan mural-mural indah di Pantai Kala Dana Mukah.

Menurut sumber, mural-mural tersebut kini hanya tinggal kenangan apabila ia dicat dengan warna hijau oleh individu yang tidak dikenali.

Banyak spekulasi timbul berkenaan tindakan tersebut. Ada yang bersangka baik, menganggap mungkin ada projek seni baru yang akan dilancarkan. Namun, harapan itu punah apabila diperolehi maklumat bahawa tiada arahan atau kebenaran dikeluarkan oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) atau P213 untuk mengecat semula tembok tersebut.

Malah, laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut. Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dengan harapan dapat mengesan individu atau pihak yang bertanggungjawab.

Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau
Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau

Menurut saksi kejadian, tindakan mengecat mural tersebut dilakukan pada jam 3-4 petang pada hari Isnin yang lalu

Lukisan mural tersebut sebelum ini dikenali sebagai salah satu tarikan pelancong utama di Mukah. Dengan latar belakang Pantai Kala Dana yang memukau, lukisan mural ini menjadi salah satu tempat ‘instagrammable’ bagi pelancong yang berkunjung ke Mukah.

Namun, perkara ini bertukar menjadi kekecewaan apabila mural tersebut telah dipadam dengan cat hijau. Lagi menyedihkan, kes ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan merasa tidak puas hati terhadap mural tersebut.

Pelukis mural tersebut, yang telah berkerah mencari idea dan menghadapi pelbagai cabaran semasa proses melukis, turut menyatakan rasa kecewanya. Memang tidak mudah untuk melukis mural di tepi pantai dengan cuaca yang tidak menentu, ditambah pula dengan angin kencang yang seringkali mengganggu proses kerja.

Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau
Kredit: FB Arini Suhaili

Kepada individu yang melakukan va, tindakan berbicara dan menyelesaikan masalah dengan cara yang matang dan bertanggungjawab adalah lebih baik daripada merosakkan harta benda awam.

Berharap agar tindakan tegas diambil terhadap individu atau pihak yang terlibat dalam insiden ini dan agar kejadian seperti ini tidak berulang di masa depan. Karya seni adalah cerminan jiwa dan budaya kita, dan ia patut dihormati dan dijaga dengan baik.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

YB Karim Hamzah Cadang Anjur Solidariti Palestin Dekat Stadium Kuching
Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaji Hanya RM1,170 Sebulan, Isteri Tinggalkan Suami Selepas 3 Hari Berkahwin
Next Article Sejarah Regatta Sarawak, Sukan Air Tertua Di Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?