• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Ustaz Ebit Lew Dilarang Beri Bantuan Di Semporna, Ini Penjelasan Daripada Taman-Taman Sabah

Oleh
Ismail NA
3 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Susulan kenyataan Ustaz Ebit Lew di media sosial semalam.

Isu Ustaz Ebit Lew Dilarang Beri Bantuan Di Semporna, Ini Penjelasan Daripada Taman-Taman Sabah. Ustaz Ebit Lew seperti yang anda sedia maklum kini giat menjalankan aktiviti bantuan dan kemanusiaan di Sabah walaupun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isi Isi Penting
  • Susulan kenyataan Ustaz Ebit Lew di media sosial semalam.
  • Pembinaan struktur binaan dalam kawasan Taman-Taman Sabah tertakluk kepada prosedur dan garis panduan
  • Rupanya bina bangunan dalam Taman-Taman Sabah adalah satu kesalahan
  • Bantuan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Liew tidak mengira kaum dan agama. Baca artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini ;

Namun demikian, menerusi hantaran terbaru di Facebook beliau semalam, beliau menzahirkan rasa sedih kerana tidak lagi dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan Semporna dan komuniti Bajau Laut di Sabah. Sebelum ini, beliau juga berhasrat untuk membina sekolah di kawasan tersebut dan telah mencari guru untuk mengajar komuniti di sana.

Walau bagaimanapun, jika beliau terus berbuat demikian, Ustaz Ebit Liew berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang iaitu denda sebanyak RM 100,000 atau dipenjara selama 3 tahun.

Isu Ustaz Ebit Lew Dilarang Beri Bantuan Di Semporna, Ini Penjelasan Daripada Taman-Taman Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Liew

Namun demikian, pihak pengurusan Taman-Taman Sabah atau Sabah Parks juga mengeluarkan respon balas rasmi hari ini di laman sosial rasmi mereka.

Menerusi hantaran tersebut, kawasan bantuan yang dimaksudkan oleh Ustaz Ebit Liew adalah kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna. Seluruh kawasan Taman-Taman Sabah ditutup sementara untuk orang awam bermula 13 Januari 2021 selaras dengan pengumuman PKP.

Namun demikian, rombongan bantuan Ustaz Ebit dikatakan termasuk dalam golongan orang awam dan pihaknya tidak menerima makluman awal untuk kebenaran khas memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

Pihaknya juga hanya membenarkan rombongan Ustaz Ebit memasuki kawasan tersebut setelah mendapat makluman daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pembinaan struktur binaan dalam kawasan Taman-Taman Sabah tertakluk kepada prosedur dan garis panduan

Dalam pada masa yang sama, pembinaan struktur pembinaan di dalam kawasan Taman-Taman Sabah juga tertakluk kepada prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan kerana ia melibatkan kepentingan komuniti penuntut hak waris di pulau-pulau seperti yang terkandung dalam Surat Pewartaan Taman Marin Tun Sakaran tahun 2004.

Walau bagaimanapun, pihak Taman-Taman Sabah menghargai dan menyokong usaha murni Ustaz Ebit menyalurkan bantuan kepada komuniti yang tinggal dalam kawasan Taman di seluruh Sabah.

Buat masa ini, kawasan Taman-Taman Sabah berada dalam fasa rekuperasi atau kerehatan daripada gangguan pelancong dan pelawat awam bagi membolehkan aktiviti perlindungan dan pemuliharaan alam semulajadi diteruskan.

Isu Ustaz Ebit Lew Dilarang Beri Bantuan Di Semporna, Ini Penjelasan Daripada Taman-Taman Sabah
Sumber : FB Sabah Parks

Rupanya bina bangunan dalam Taman-Taman Sabah adalah satu kesalahan

Menurut laman sesawang kerajaan Sabah juga, aktiviti pembinaan sebarang bentuk bangunan dalam kawasan Taman-Taman Sabah adalah suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun atau denda RM 100,000.

Isu Ustaz Ebit Lew Dilarang Beri Bantuan Di Semporna, Ini Penjelasan Daripada Taman-Taman Sabah

Apa-apa pun, undang-undang tetap perlu dihormati dan dipatuhi. Semoga pengetahuan ini dapat membantu menjernihkan segala suasana dan tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Liew untuk terus menaburkan bakti dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Liew tidak mengira kaum dan agama. Baca artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini ;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 121 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak
Next Article Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?