Trip DIY dari Kuching ke Hatyai
Ini Itinerari DIY Trip 4 Hari 3 Malam Dari Kuching Ke Hatyai. Hatyai, sebuah bandar yang terletak di selatan Thailand, adalah destinasi popular di kalangan pelancong dari Malaysia. Ia menawarkan pelbagai tarikan menarik termasuk pasar malam, pusat membeli-belah, dan keindahan alam semula jadi. Bagi mereka yang merancang untuk melawat Hatyai, berikut adalah itinerari yang sesuai untuk trip 4 hari 3 malam.
Hari pertama:
Perjalanan ke Hatyai
11:00 Pagi: Mulakan perjalanan dengan menaiki penerbangan dari Kuching ke Pulau Pinang.
1:00 Petang: Tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Seterusnya, ambil Grab ke Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth untuk ke Padang Besar dengan harga tiket RM 11.40. Perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 2 jam.
3:00 Petang: Sampai di Padang Besar dan beli sim kad Thailand dengan harga RM 30 Baht.
4:00 Petang: Naik van (di KTM Padang Besar) ke Hatyai dengan harga RM 30 seorang. Van akan berhenti di Imigresen Thailand untuk cop passport.
6:00 Petang: Sampai di Hi Season Hotel dan check-in. Harga bilik adalah RM 70 semalam untuk bilik dengan 1 katil single dan 1 katil queen. Tempahan dibuat melalui Booking.com

6:30 Petang: Pergi ke Lee Garden Plaza Shopping Mall untuk jalan-jalan dan cuci mata.

7:30 Malam: Nikmati makan malam di Lee Garden Night Market dengan pilihan makanan seperti lokching, tomyam tepi jalan, buah-buahan, dan air kelapa.
Hari ke 2:
Menjelajah Hatyai
8:00 Pagi: Sarapan di Chabura Dimsum yang terkenal dengan pelbagai jenis dim sum yang lazat.

10:00 Pagi: Melawat Hatyai Plaza untuk membeli-belah dan melihat pelbagai barangan tempatan.
12:00 Tengahari: Pergi ke Municipal Park untuk menikmati keindahan taman dan pemandangan bandar Hatyai.

2:00 Petang: Kunjungi Central Festival Hatyai, sebuah pusat membeli-belah besar dengan pelbagai kedai dan restoran.
5:00 Petang: Seterusnya, pergi ke Greenway Night Market untuk melihat pelbagai barangan dan makanan tempatan.
7:00 Malam: Akhiri hari dengan melawat Asean Night Bazaar, yang menawarkan pelbagai barangan unik dan makanan sedap.
Hari ke 3:
Jalan-jalan
8:00 Pagi: Sarapan pagi di Kaitod Meena, terkenal dengan ayam gorengnya yang rangup dan enak.

10:00 Pagi: Kunjungi Kim Yong Market untuk membeli barangan tempatan seperti buah-buahan, makanan kering, dan cenderamata.
12:00 Tengahari: Singgah di 7 Eleven untuk membeli snek dan minuman.

2:00 Petang: Makan tengahari di Seaverse Cafe yang terkenal dengan makanan laut.

4:00 Petang: Pergi ke Samila Beach untuk bersantai dan menikmati keindahan pantai. Jangan lupa untuk cuba aiskrim kelapa di tepi pantai.

6:00 Petang: Melawat Khlong Hae Floating Market, sebuah pasar terapung yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan barangan.
Hari keempat 4:
Pulang ke Malaysia
8:00 Pagi: Chek out dari hotel dan bersiap untuk pulang.

10:00 Pagi: Gunakan van yang sama dengan tambang RM 30 Baht. Pemandu van akan menjemput dari hotel dan membawa penumpang ke Imigresen Thailand untuk cop passport sebelum kembali ke Malaysia.

