• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Wanita Ini Kongsi Itinerari Bajet Dari Kuching Ke Hatyai

Oleh
Ismail NA
24 November 2023
Kongsi
8 Min Bacaan

Senang je rupanya

Wanita Ini Kongsi Itinerari Bajet Dari Kuching Ke Hatyai. Ah, Hatyai! Siapa sangka sebuah perjalanan bajet dari Kuching ke Hatyai boleh menjadi sebuah pengalaman yang begitu kaya dengan keindahan, keseronokan, dan pengalaman budaya?

Menerusi sebuah perkongsian seorang gadis di Facebook, Ellyda Mazlyin, beliau telah berkongsi itinerari penuh dari Kuching ke Hatyai, dari pengangkutan, tempat tinggal dan aktiviti sepanjang percutian beliau. Ikuti catatan perjalanannya untuk mendapatkan inspirasi bagi merancang percutian bajet anda sendiri kelak.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Bajet Dari Kuching Ke Hatyai
Wanita Ini Kongsi Itinerari Bajet Dari Kuching Ke Hatyai. Kredit: FB Ellyda Mazlyin

1. Penerbangan Dari Kuching ke Pulau Pinang

Perjalanan Ellyda bermula dengan penerbangan bajet dari Kuching ke Pulau Pinang, yang hanya berharga RM98 untuk perjalanan ulang alik. Memilih penerbangan malam adalah strategi bijak Ellyda untuk menjimatkan waktu dan memaksimumkan hari pertama di Pulau Pinang.

Setibanya di Pulau Pinang, saya menggunakan Grab untuk pergi ke Butterworth dengan kos RM35. Di sana, beliau memilih penginapan yang berpatutan di bawah RM100 semalam, seperti SE Two Hotel dan Chariton Hotel Bagan, di mana kedua-duanya terletak strategik berhampiran Penang Sentral bagi memudahkan urusan menaiki kereta api pada keesokan harinya.

  • Penerbangan: Kuching ke Pulau Pinang (tiket ulang alik) – RM98. Ambil penerbangan malam, rehat sebentar di Pulau Pinang (Butterworth).
  • Perjalanan ke Butterworth: Gunakan Grab dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Butterworth – RM35.
  • Penginapan di Butterworth: Hotel berpatutan bawah RM100 semalam. Cadangan: SE Two Hotel dan Chariton Hotel Bagan, berdekatan dengan Penang Sentral.

2. Menaiki Kereta Api Butterworth – Padang Besar – Hatyai

Perjalanan beliau diteruskan lagi dengan menaiki keretapi dari Butterworth ke Padang Besar. Dari Butterworth, anda kena bangun awal sebab kereta api ini hanya tersedia pada jam 6.25 pagi hingga 8.16 pagi atau 7.35 pagi hingga 9.25 pagi. Tiket Butterworth – Padang Besar boleh dibeli terus di kaunter, mudah dan praktikal.

Kredit: FB Ellyda Mazlyin

Lagi satu, pesan Ellyda, kalau dah sampai Padang Besar, jangan keliru pula sebab jam akan bertukar menjadi lambat satu jam mengikut waktu Thailand.

  • Butterworth ke Padang Besar:
    • Jadual: 6.25am – 8.16am atau 7.35am – 9.26am.
    • Beli tiket keretapi terus di kaunter KTM.
  • Padang Besar ke Hatyai:
    • Jadual: 9.55am atau 4.40pm (waktu Malaysia).
    • Harga: 50 Baht (RM7) atau RM11.50 (sehala).
  • Simkad Thailand
    • Boleh beli di KTM Padang Besar dengan harga RM 10

3. Penginapan dan Pengangkutan di Hatyai

Setibanya di Padang Besar, perjalanan diteruskan ke Hatyai yang mengambil masa sekitar 55 minit. Di Hatyai, Ellyda memilih untuk menginap di Variety Winner Hostel (bilik 2 double king bed) dengan harga RM106 semalam. Beliau mencadangkan agar anda menginap di sekitar kawasan Lee Garden. Jangan lupa juga untuk membawa travel adapter kerana plug di sana berbeza dengan di Malaysia.

Kredit: FB Ellyda Mazlyin

Untuk bergerak di sekitar Hatyai, anda ada pilihan untuk menggunakan Grab atau Tuk Tuk. Tips bijak: Bandingkan harga Tuk Tuk dengan Grab sebelum membuat meneruskan untuk guna yang mana satu! Menurut Ellyda, beliau lebih gemar menggunakan Grab kerana tambangnya yang agak berpatutan terutamanya semasa pada bukan waktu puncak, di mana anda boleh mendapatkan kadar bawah 100 baht.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tuk tuk juga adalah alternatif yang baik sekiranya tiada pemandu Grab di sekitar. Khabarnya, harga tambang juga boleh dirunding.

  • Penginapan: Variety Winner Hostel – RM106 per malam untuk bilik dengan dua katil double king.
  • Kemudahan: Bilik bersih, ada money changer di lobi.
  • Pengangkutan: Gunakan Grab atau Tuk Tuk (harga boleh runding, boleh bandingkan dengan Grab).

4. Tempat Makan di Hatyai

Untuk makanan, Ellyda mencuba beberapa tempat seperti Kai Tod Decha, Chabura Dimsum, dan Khlong Hae Steamboat, yang semuanya menawarkan cita rasa autentik Thailand dengan harga mid range untuk rakyat Malaysia. Kalau nak lagi jimat, boleh juga makan dekat gerai kecil Muslim dengan harga nasi dan air hanya 100 baht.

Makanan:

  1. Kai Tod Decha (Nasi Ayam, Thai Cuisine)
  2. Chabura Dimsum (buka hingga 2pm, menu cadangan adalah groza dan smoke duck)
  3. Khlong Hae Steamboat (sekitar 300 Baht per orang).
Kredit: FB Ellyda Mazlyin

5. Pasar Malam dan Belanja: Syurga Bagi Peminat Makanan dan Shopping

Hatyai juga menawarkan pelbagai pilihan untuk berbelanja dan menjelajah pasar malam. Asean Night Market dan Greenway Central Night Market adalah antara pilihan Ellyda untuk mendapatkan cenderahati dan menikmati makanan jalanan yang lazat. Jangan lupa juga untuk mengunjungi Kim Yong Market, 7-Eleven, dan Big C Extra Supermarket untuk membeli-belah keperluan dan cenderamata.

  • Asean Night Market: Barang pelbagai, food court menarik, boleh dapatkan tiram dengan harga 20 baht sahaja.
  • Kim Yong Market: Pasar minggu tempatan, jualan kacang dan lain-lain, contohnya, kacang pistachio boleh dapat dalam RM 50/kg.
  • 7-Eleven: Wajib cuba latte (35 Baht), jual skincare, kosmetik dan jajanan.
  • Big C Extra Supermarket: Kalau kat Malaysia, setaraf macam AEON, Mydin. Port beli barang seperti seaweed, teh hijau dengan harga murah berbanding penjual di luar.
  • Greenway Central Night Market: Pasar malam dengan barang murah, kurang pelancong.
  • Floating Market: Jualan makanan jalanan, sesuai untuk dikunjungi pada waktu petang atau pagi.
Ellyda berkongsi itinerari bajet dari Kuching ke Hatyai di Facebooknya. Kredit: FB Ellyda Mazlyin

6. Perjalanan Balik ke Malaysia

Untuk perjalanan pulang pula, anda boleh menaiki keretapi dari Hatyai ke Padang Besar, kemudian kembali ke Butterworth. Terdapat dua waktu keretapi dari Hatyai kembali ke Padang Besar – satu pada waktu pagi dan satu lagi pada waktu petang. Manakala, kereta api dari Padang Besar ke Butterworth pula beroperasi sehingga malam. Maklumat penuh adalah seperti berikut:

  • Hatyai ke Padang Besar:
    • Jadual: 7.30am dan 2.05pm (waktu Thailand).
  • Padang Besar ke Butterworth: Ada keretapi sehingga malam, kereta api terakhir berlepas pada jam 9.35pm.

Dengan perbelanjaan pengangkutan dan penginapan tidak melebihi RM350 sekepala, itinerari bajet Hatyai ini benar-benar membuktikan bahawa pengembaraan yang berharga tidak semestinya mahal.

Kesimpulan: Perjalanan Bajet, Pengalaman Berharga

Pengembaraan dari Kuching ke Hatyai ini bukan hanya tentang menikmati keindahan tempat, tetapi juga mengenai pengalaman yang diperolehi. Dari menikmati keunikan setiap destinasi, meneroka dengan bajet yang berpatutan, hingga mengenal budaya dan hidangan tempatan, setiap momen adalah kenangan yang berharga.

Melancong dalam negara pun best juga sebenarnya, ini antara itinerari ke Sabah dan Sarawak yang kami terbitkan sebelum ini:

Itinerari Santai 3 Hari 2 Malam Ke Kuching (Kemaskini 2023)
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Semporna Dan 7 Pulau Selama 8H7M
SUMBER :FB Ellyda Mazlyin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Next Article Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?