• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemilik Syarikat Watersport Nafi Dakwaan Tidak Telus Dalam Kerosakan Jet Ski

Oleh
Nazihah AN
26 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemilik Syarikat Watersport Nafi Dakwaan Tidak Telus Dalam Kerosakan Jet Ski

Dakwaan tidak telus dalam kerosakan jetski ditepis pemilik syarikat watersport

Pemilik Syarikat Watersport Nafi Dakwaan Tidak Telus Dalam Kerosakan Jet Ski. Beberapa hari yang lalu, tular pempengaruh terkenal Sarawak, NgekTsai apabila diminta untuk membayar sejumlah RM15,000 sebagai ganti rugi bahagian jetski yang pecah. Paling mengejutkan, jumlah tersebut perlu dibayar pada hari yang sama. Selepas merayu, jumlah tersebut dapat dikurangkan kepada RM13,000.

Pempengaruh tersebut membuat hantaran di laman Facebooknya di mana beliau berkongsi pengalaman tersebut serta membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut, setibanya di Sarawak.

Pemilik Syarikat Watersport Nafi Dakwaan Tidak Telus Dalam Kerosakan Jet Ski

Pengusaha jetski turut tampil kerjasama dengan memberikan bukti kerosakan

Sementara itu, CBW Watersport iaitu syarikat pengusaha jetski yang terlibat dalam kejadian berkenaan, dalam satu kenyataan kepada pihak akhbar tempatan berkata bahawa mereka terkejut dengan hantaran pempengaruh tersebut walaupun jalan penyelesaian telah dipersetujui.

Pemilik syarikat, Rotna Fairi Rahani, menjelaskan bahawa NgekTsai atau nama sebenarnya, Zameen Saini dan rakannya telah diberi taklimat tentang prosedur jetski semasa tiba di Langkawi.

Perlanggaran berlaku semasa tempoh sewaan mereka, dan pempengaruh berkenaan telah diberi taklimat mengenai kerosakan, termasuk rekahan pada jet ski.

Rotna menyatakan bahawa syarikat meminta RM15,000 daripada beliau untuk membaiki kerosakan sebelum bersetuju mengurangkan jumlah kepada RM13,000.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh NgekTsai, Rotna dan kakitangan telah memberi kerjasama dengan menyediakan bukti kerosakan dan kos pembaikan kepada pihak berkuasa.

“Saya telah menjelaskan kepada pihak polis tentang apa yang berlaku semasa kejadian dan mengemukakan rakaman video kerosakan jet ski serta resit untuk alat ganti bernilai RM20,600,” katanya.

Beliau berkata hantaran pempengaruh tersebut telah mencemarkan imej syarikatnya, menyebabkan beliau membuat laporan polis awal hari ini.

Dalam laporan akhbar yang sama, Rotna telah menuntut NgekTsai untuk memadamkan hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf terbuka kepada syarikatnya.

Sekiranya gagal, beliau berkata syarikatnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pempengaruh tersebut.

Jika anda tertinggal kejadian ini, boleh baca di bawah:

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi
Ganjaran RM 150 Ribu Ditawar Kepada Orang Awam Yang Menemui Lelaki Hilang Pandu Jet Ski Di Lundu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Itinerari DIY Trip 4 Hari 3 Malam Dari Kuching Ke Hatyai Ini Itinerari DIY Trip 4 Hari 3 Malam Dari Kuching Ke Hatyai
Next Article Abang Akui Sebak Perjalanan Pulang Ke Sarawak Tanpa Farah Kartini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?