Pusat Tabung Darah HUS Umum Lokasi Mingguan Derma Darah
Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Untuk Minggu Ini Di Kuching. Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) memulakan kempen derma darah mingguannya bermula 21 April hingga 27 April 2025. Kempen ini dijalankan di HUS dan beberapa lokasi luar di sekitar Kuching, dengan sasaran bekalan darah mencukupi untuk keperluan hospital.
Waktu Operasi di Pusat Tabung Darah HUS
- Isnin – Khamis:
8:00 pagi – 12:30 tengah hari
2:00 petang – 4:30 petang - Jumaat:
8:00 pagi – 11:30 pagi
2:15 petang – 4:30 petang - Sabtu & Ahad:
Rujuk jadual lokasi luar (kempen bergerak)

Lokasi Luar & Sasaran Penderma
Beberapa lokasi tumpuan termasuk pusat beli-belah dan pejabat kerajaan akan menjadi tempat kempen bergerak:
- 23 April (UTC Kuching): Sasaran 50 beg darah
- 24 April (Wisma Bapa Malaysia): Sasaran 50 beg
- 26 April (Sarawak Plaza): Sasaran 80 beg
- 27 April (Boulevard Mall): Sasaran tertinggi – 200 beg darah
Makluman kepada Penderma
- Kepada penderma yang cukup tempoh, anda boleh hadir semula minggu ini.
- Sila buat semakan lokasi dan masa sebelum hadir.
- Pendaftaran boleh ditutup lebih awal jika sasaran telah dipenuhi.
Terima Kasih Kepada Semua yang Terlibat
Pihak HUS mengucapkan terima kasih kepada semua penderma, sukarelawan, penaja, dan orang ramai yang menyokong kempen secara langsung atau melalui hebahan dalam talian. Sokongan ini penting untuk memastikan pesakit menerima rawatan tanpa gangguan bekalan darah.

