• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’

Oleh
ILB - AI
6 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Yarn, Wild and Free hasilkan Yarn Bombing

Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’. Selalu kita dengar orang suka mengait pasti akan menghasilkan sesuatu yang dekat dengan kita seperti kraftangan, selimut, beg dan yang lain.

Namun, Yarn, Wild and Free telah menghasilkan Yarn Bombing iaitu satu usaha seni jalanan untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dimana mereka mengait sesuatu untuk menghasilkan produk yang menghiasi insfrastruktur.

Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’
Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’. Sumber gambar: BORNEO POST online

Jalan berseri dengan pokok dihiasi seni hasil kait

Seperti di Jalan Padungan dan Bishopsgate di Kuching yang telah kelihatan berseri dan meriah dengan warna-warni seni hasil kait yang telah dihiasi pada pokok-pokok di sepanjang jalan.

Menurut pengasas Yarn, Wild and Free, Eleanor Nandong, ini adalah kali pertama Yarn Bombing ini dilaksanakan di Kuching bahkan juga pertama kali di Sarawak.

Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’
Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’. Sumber gambar: BORNEO POST online

Selalunya kita hanya melihat seni seperti mural pada bangunan. Tetapi, jarang kita melihat seni kait ini di jalanan dimana individu yang mengait ini juga merupakan artis atau anak seni yang memiliki bakat dalam seni kraftangan tersebut. Mereka yang berkecimpung dalam bidang mengait ini merupakan anak seni dengan cara dan hasil mereka tersendiri.

Bahkan, Yarn, Wild and Free juga mahu berinisiatif untuk mendedahkan lagi tentang seni mengait ini dengan seni jalanan. Jika dilihat daripada hasil yang terhias di pokok-pokok tersebut, saiz hasil kait tersebut berbeza-beza kerana ianya dihasilkan daripada individu yang berbeza.

Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’
Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’. Sumber gambar: BORNEO POST online

Yarn Bombing ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dimana beliau berkata bahawa ini adalah salah satu cara beliau untuk memberi sokongan dengan anak muda yang berkecimpung dalam dalam bidang seni ini.

Yarn Bombing
Sumber gambar: BORNEO POST online

Anak-anak muda semakin banyak yang mula mengetengahkan bakat seni masing-masing. Boleh baca artikel di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan ‘Trademark’ Belon Huruf 3D
Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman
SUMBER :BORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masuk Adalah Percuma, Siniawan Country Music Festival 2022 Kini Sedang Berlangsung Masuk Adalah Percuma, Siniawan Country Music Festival 2022 Kini Sedang Berlangsung
Next Article Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?