• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
7 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Jom ketahui keunikan juadah sarapan pagi di Sarawak!

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak. Sarapan pagi adalah antara waktu makan yang penting bagi seseorang individu. Sajian sarapan pagi boleh membekalkan tenaga sepanjang hari bagi seseorang untuk kekal cergas dan produktif.

Di Malaysia, pelbagai menu sarapan pagi yang disajikan pada setiap hari. Daripada nasi lemak sehingga roti canai, anda cakap sahaja apa yang diingini, pasti ada sahaja. Walaupun ada pelbagai menu sarapan pagi, pasti ada satu atau dua menu istimewa bagi diri kita kan? Jadi, kali ini, kami ingin mengesyorkan makanan sarapan pagi yang paling popular di Bumi Kenyalang ini!

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak. Kredit gambar: Mom’s Laksa

1. Laksa Sarawak

Laksa Sarawak merupakan makanan kegemaran rakyat Sarawak dan ianya juga merupakan simbol keunikan makanan kita. Bahan utama bagi menyediakan kuah menu istemewa ini adalah pes laksa Sarawak yang kaya dengan pelbagai jenis rempah, santan dan juga air rebusan udang.

Juadah ini dihidang bersama bihun dicelur, hirisan telur dadar, isi ayam yang sudah dicarik, udang yang direbus, taugeh dicelur dan juga daun ketumbar yang wangi. Rasa kuah laksa yang lemak penuh beraroma ini pasti akan membuat anda segar di pagi hari.

Menu ini sendiri dikatakan oleh Anthony Bourdain sebagai “Breakfast of Gods”, kerana keunikan dan keenakan laksa Sarawak ini. Jadi, bagi mereka yang ingin datang bercuti di Sarawak mahupun orang tempatan di negeri ini, mulakanlah sarapan pagi anda dengan semangkuk laksa!

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kredit gambar: Resepi Bonda

2. Mi Kolo

Mi Kolo merupakan makanan yang tidak asing lagi bagi orang Sarawak. Menu ini biasanya menjadi sarapan pagi penduduk tempatan tidak mengira bangsa.

Di Sarawak, juadah ini cukup popular sehingga di mana-mana sahaja gerai makanan yang anda pergi mesti ada menu ini. Mee kolok disediakan dengan cara yang amat unik di mana mi kolo kering yang digunakan akan dicelur sebentar, kemudiannnya dicampurkan dengan perasa mi ini yang tersendiri dan dihidangkan bersama hirisan ayam atau daging, taugeh, sup panas dan juga cili khas kepada menu ini.

Menu ini amat popular untuk sarapan pagi kerana ianya sungguh menyelerakan dan tidak terlalu heavy bagi sesetengah orang yang kurang menggemari makan di pagi hari.

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak

3. Mee Jawa

Mee jawa merupakan salah satu hidangan yang amat digemari orang Sarawak dan biasanya dimakan pada waktu pagi. Menu ini merupakan menu mee kuning bersama kuah pekat yang dibuat daripada daging.

Juadah ini dihidangkan bersama mee kuning yang dicelur, bersama kuah pekat, telur rebus, taugeh, hirisan daging atau ayam, tauhu kering dan bawang goreng yang rangup. Walaupun simple, tetapi menu ini boleh mengubah hidup anda menjadi lebih gembira!

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kredit gambar: Resepi bonda
Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kredit gambar: Tripadvisor

4. Mee Kampua

Mee kampua merupakan makanan tradisi masyarakat Cina yang banyak mempengaruhi makanan di Sarawak. Ia kemudian diubah suai untuk dipadankan dengan cita rasa orang tempatan, khususnya yang beragama Islam.

Mee kampua ini amatlah popular di daerah Sibu dan kini anda boleh mendapati juadah ini di banyak tempat di negeri ini. Mee kampua ini dihidangkan bersama hirisan ayam, sayur dan juga sup yang panas.

Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kredit gambar: @sadiqinlimkampua
Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Kredit gambar: @sadiqinlimkampua

Kalau berkunjung ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba mee kampua yang asalnya adalah makanan tradisi masyarakat Cina dari etnik Foocheow. Sekali cuba, pasti akan jatuh cinta!

Lagi di sini makanan menarik di Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/kombinasi-kopi-klasik-lemak-berkrim-ketahui-kisah-di-sebalik-butter-coffee-hiap-yak-tea-shop-kuching/
Ini 6 Port Makan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Saradise Kuching
https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-6-port-makan-yang-menyajikan-hidangan-sihat-di-kuching/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Di Kuching Bakal Berseri Dengan Seni Hasil Kait ‘Yarn Bombing’
Next Article Lelaki Ini Ditampar Di Hadapan Umum Selepas Cuba Lamar Kekasih Guna Cincin Lolipop

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?