• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Dua Hala Dan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Sudah Dibuka

Oleh
ILB - AI
31 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dibuka pada Hari Kemerdekaan.

Jalan Dua Hala Dan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Sudah Dibuka. Projek jalan dalam perancangan Lebuhraya Pan Borneo ini semakin hari semakin banyak yang telah selesai dan ini merupakan satu lagi kemudahan yang diberikan untuk rakyat Sarawak. Dimana kita tahu sebelum ini, keadaan jalanraya di Sarawak agak tidak menyenangkan.

Salah satu projek di bawah perancangan Lebuhraya Pan Borneo iaitu jalan dua hala dan persimpangan bertingkat Sri Aman yang telah dibuka pada hari ini. Dibuka pada hari bersejarah Malaysia, Hari Kemerdekaan dan pasti akan menjadi tarikh keramat yang mudah diingati untuk projek tersebut.

Jalan Dua Hala Dan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Sudah Dibuka
Jalan Dua Hala Dan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Sudah Dibuka. Sumber gambar: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Jalan dua hala yang bermula dan berakhir di Entulang dan Pakit

Jalan dua hala ini adalah perancangan jalan yang melibatkan jalan dari Serian ke Sri Aman dan jalan dari Sri Aman ke Betong. Jalan Dua Hala yang bermula dan berakhir di Entulang Lalang (KM13) ini meliputi jalan dari Serian ke Sri Aman. Begitu juga dengan jalan dari Sri Aman ke Betong yang bermula dan berakhir di Pakit (KM11).

Kedua-dua jalan yang dibuka pada hari ini merupakan satu jalan yang dapat memudahkan perjalanan orang awam untuk ke bahagian Betong, Sri Aman, Serian dan Kuching atau sebaliknya. Mungkin selepas ini perjalanan yang panjang yang memakan masa yang lama dapat disingkat.

Jalan Dua Hala Dan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Sudah Dibuka
Sumber gambar: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Persimpangan bertingkat untuk memudahkan

Seterusnya, untuk persimpangan bertingkat Sri Aman pula adalah satu perancangan yang memudahkan lagi perjalanan dua hala. Projek dalam perancangan Lebuhraya Pan Borneo, Seksyen Sri Aman WPC04 ini melibatkan perjalanan pengguna dari Betong ke Sri Aman, Sri Aman ke Kuching, Kuching ke Sri Aman dan Sri Aman ke Betong.

Jalan Dua Hala Dan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Sudah Dibuka
Sumber gambar: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Kedengaran seperti agak bersimpag siur dan takut membingungkan tetapi perancangan persimpangan bertingkat ini sebenarnya lagi mudah serta menjadikan perjalanan semakin lancar. Sudah berada di atas jalanraya pasti mudah dan tidak terasa.

Dengan pembukaan dua projek jalan ini, diharap orang ramai dapat merancang perjalanan dengan lebih baik dan boleh bawa keluarga untuk bercuti ke Kuching pada bila-bila masa kerana keadaan jalan raya sudah dinaiktaraf.

Untuk projek jalan di dalam perancangan Lebuhraya Pan Borneo yang sudah dirasmikan dan dibuka, boleh baca artikel berikutnya:

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan

Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
SUMBER :FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR JKR Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik
Next Article Laungan ‘Kami Sayang PM’ Disahut Dengan ‘Boo’, Video Di TikTok Ini Tular

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?