I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19

Oleh Nur Afifah 29 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kes semakin memburuk tatkala kerajaan China melonggarkan sekatan perjalanan

Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19. Lebih separuh daripada penumpang dalam penerbangan dari China ke Itali telah disahkan positif untuk COVID-19, ketika China kini sedang bersiap sedia untuk membuka semula sempadannya meskipun terdapat peningkatan besar dalam kadar jangkitan di negara Tembok Besar itu.

Dua penerbangan ke Milan adalah antara yang pertama mengenakan ujian mandatori baharu yang dikenakan ke atas pengembara dari China.

Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19
Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19. Gambar fail Sky News.

Guido Bertolaso, ahli majlis kebajikan wilayah Lombardy, memberitahu bahawa dalam penerbangan pertama, daripada 92 penumpang, 35 (38%) daripadanya didapati positif. Manakala untuk penerbngan kedua, daripada 120 penumpang, 62 (52%) daripadanya didapati positif.

5 negara kini kembali mengenakan sekatan ke atas pengembara dari China

Pada petang Rabu, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara kelima yang mengenakan sekatan ke atas pelancong China. China pada ketika ini sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan pasport dan visa biasa dalam langkah utamanya melonggarkan sekatan COVID yang telah mengasingkan negara itu selama hampir tiga tahun.

Kelonggaran ini juga dapat dilihat di Hong Kong apabila mereka kini telah membatalkan peraturan kuarantin yang ketat untuk individu yang diuji positif. Pengumuman Beijing ini bermakna berjuta-juta rakyat China dibenarkan pergi ke luar negara untuk cuti Tahun Baru China pada bulan depan. Ini adalah kali pertama kebanyakan rakyat China dapat berbuat demikian sejak 2020.

Syarikat perkhidmatan pelancongan Trip.com dan Qunar berkata tempahan tiket antarabangsa dan carian maklumat visa di laman web mereka meningkat lima hingga lapan kali ganda selepas pengumuman itu. Destinasi teratas termasuk Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19

Terdapat kebimbangan yang berasas bahawa mereka boleh menyebarkan COVID-19 di peringkat antarabangsa apabila jangkitan terus meningkat di negara itu. Jepun, India dan Taiwan kini mengenakan ujian saringan COVID-19 untuk pelancong dari negara itu.

Amerika Syarikat akan mengenakan ujian mandatori COVID-19 ke atas pelancong dari China, kata pegawai kesihatan kepada pemberita pada petang Rabu. Mereka berkata bahawa mulai 5 Januari, semua penumpang udara berumur dua tahun ke atas perlu mengemukakan keputusan negatif, tidak lebih daripada dua hari sebelum berlepas dari China, Hong Kong atau Macau.

248 juta orang berkemungkinan dijangkiti virus itu dalam 20 hari pertama pada Disember 2022

Tindakan China menarik balik beberapa kawalan anti-virus yang paling ketat di dunia berlaku ketika kerajaan Presiden Xi Jinping cuba memulihkan kemerosotan ekonomi. Peraturan yang mengurung berjuta-juta orang ke rumah mereka mengekalkan kadar jangkitan China yang rendah tetapi mendorong demonstrasi awam dan menghancurkan pertumbuhan ekonomi.

Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19
Demonstrasi awam di China. Gambar fail Sky News

Berdasarkan laporan media, kira-kira 37 juta penduduk di China mungkin dijangkiti Covid-19 dalam sehari. Difahamkan sehingga 248 juta orang atau hampir 18 peratus penduduk berkemungkinan dijangkiti virus itu dalam 20 hari pertama pada Disember.

Rakyat Malaysia digesa lengkapkan dos penggalak

Susulan kebimbangan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa rakyat Malaysia terutamanya barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi, digesa untuk melengkapkan dos vaksin penggalak dengan segera bagi melindungi diri daripada virus COVID-19 ini.

Melihat kpd perkembangan terkini di negara China, KKM ingin menyarankan kpd semua utk mendapatkan dose vaksin penggalak terutamanya barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi. Walaupun terkini kes dlm negara masih terkawal & menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiapsiaga.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 29, 2022

Meskipun terdapat kelonggaran pemakaian pelitup separuh muka, namun sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda tetap memakainya di kawasan sesak serta jika anda mempunyai simptom-simptom sakit seperti selesema, batuk dan demam.

Ini pula kisah pelik yang berlaku gara-gara vaksin COVID-19:

Lelaki Indonesia Ini Rela Disuntik Vaksin 14 Kali Demi Dapatkan Sijil Vaksin Untuk Golongan Anti-Vaksin
Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Next Article 'Karen' Mengamuk Hempas Barang Di KLIA2, Tindakan Wanita Ini Mempertahankan Staff Cedera Dapat Pujian ‘Karen’ Mengamuk Hempas Barang Di KLIA2, Tindakan Wanita Ini Mempertahankan Staff Cedera Dapat Pujian

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?