• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jengkaut ‘Tersentuh’ Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah

Oleh
Aina Musa
20 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Terkena renjatan elektrik selepas jengkaut ‘tersentuh’ kabel elektrik

Jengkaut ‘Tersentuh’ Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah. Kedua-dua mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik selepas jengkaut yang dibawa ‘tersentuh’ kabel elektrik di Jalan Jalan Semalau, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata mangsa, Hii Sieh King, 61, merupakan pemandu treler berasal dari Sungai Merudu, Sarikei dan lelaki warga Indonesia, Al Bari Mahmud, 34, bekerja sebagai pemandu jengkaut.

Jengkaut 'Tersentuh' Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah
Jengkaut ‘Tersentuh’ Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah. Kredit Foto: Sarawak Tok

Kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak di kawasan berkenaan

Beliau berkata kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak pembersihan parit di kawasan berkenaan.

Katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah lori di Jalan Semalau menghala ke Kampung Jerijih pada 9.15 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang jaraknya 18 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian terdapat jengkaut yang dibawa di atas sebuah lori tersangkut pada kabel aliran elektrik dan tayar depan sebelah pemandu lori berkenaan terbakar. Didapati dua mangsa terbaring di bawah tepi lori sebelah pemandu dipercayai terkena renjatan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jengkaut 'Tersentuh' Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah
Sumber gambar: FB Sibu Sarawak page

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Menurut Wan Umar operasi pemadaman bagimanapun tidak dapat dilakukan serta-merta kerana masih ada aliran elektrik pada kedua-dua kenderaan tersebut sehingga mendapat makluman daripada syarikat pembekal elektrik Sarawak bahawa bekalan elektrik telah diputuskan.

Katanya pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan mayat mereka telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Jengkaut 'Tersentuh' Kabel Elektrik, 2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Di Mukah
Sumber gambar: FB Sarawak Edition

Baca artikel terkini di sini:

Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching
Ahli Politik Sarawak Mahu Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan Di Sarawak Diberhentikan
SUMBER :Sarawak Tok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar
Next Article Tiada Penganjuran Borneo International Kite Festival Tahun Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen Tiada Penganjuran Borneo International Kite Festival Tahun Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?