• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jum Cuba Resepi Viral ‘Laba Garlic’, Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam

Oleh
Ismail NA
30 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook.

Jum Cuba Resepi Viral ‘Laba Garlic’, Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam. Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna MK Jfi telah berkongsi resepi jeruk viral yang nampak menyelerakan!

Isi Isi Penting
  • Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook.
  • Bahan-bahan
  • Cara membuat
  • Sejarah ringkas laba garlic
  • Pernah tak cuba umai ikan empirang? Uissh, sedap wo! Ini resepinya:

Jeruk yang dinamakan ‘Laba Garlic’ ini akan bertukar warna menjadi warna hijau emerald setelah diperam di tempat gelap selama beberapa hari. Selepas itu, barulah anda boleh memakannya!

Jum Cuba Resepi Viral 'Laba Garlic', Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam
Jum Cuba Resepi Viral ‘Laba Garlic’, Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam. Sumber: FB MK Jfi

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda resepi Laba Garlic yang dikongsikan oleh MK Jfi di laman Facebook nya. Katanya, menjadi dan lazat. Resepinya juga mudah dan ringkas.

Bahan-bahan

  • Bawang putih yang telah dikupas
  • Cuka
  • Gula batu
  • Gula pasir

Cara membuat

  • Masukkan cuka ke dalam kuali leper.
  • Kemudian, masukkan gula batu dan gula pasir mengikut citarasa anda. Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh MK di laman Facebook, beliau menggunakan tiga ketul gula batu besar. Seterusnya, masukkan gula pasir dan kacau sehingga larut.
Jum Cuba Resepi Viral 'Laba Garlic', Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam
Sumber: FB MK Jfi
  • Anda dinasihatkan untuk tidak menambah air ke dalam larutan ini.
  • Selepas air gula ini larut sepenuhnya, masukkan terus ke dalam bekas berisi bawang putih yang telah dikupas.
  • Tambahkan beberapa biji cili kecil dan tutup terus penutupnya.
Jum Cuba Resepi Viral 'Laba Garlic', Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam
Sumber: FB MK Jfi
  • Letakkan di tempat gelap dan biarkan semalaman atau sehingga cili bertukar menjadi warna hijau emerald. Simpan di dalam peti sejuk jika telah dibuka.

Siap! Memang sangat mudah dan sesuai untuk dijadikan jajan bagi penggemar hidangan jeruk bawang putih.

Sejarah ringkas laba garlic

Untuk pengetahuan anda juga, laba garlic ini merupakan makanan tradisi masyarakat China dan sering dijamu sebagai hidangan sampingan bersama hidangan utama seperti daging, dumpling, makanan berminyak.

Laba garlic ini juga disebut sebagai Laba suan dalam bahasa Cina dan dibuat pada hari kelapan di bulan ke-12 dalam Kalendar Lunar. Hal ini kerana hari tersebut dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Malah, ia dipercayai bagus untuk tubuh badan jika dimakan pada musim sejuk untuk tujuan detoks dan steril.

Jum Cuba Resepi Viral 'Laba Garlic', Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam
Kredit foto: iNEWS

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai penyakit penghadaman gastrointestinal seperti ulser gastrik dan hyperacidity tidak digalakkan untuk memakan Laba garlic ini kerana sifat bawang putih itu sendiri yang menggalakkan rembesan jus gastrik dalam perut.

Bah, jom cuba!

Pernah tak cuba umai ikan empirang? Uissh, sedap wo! Ini resepinya:

SUMBER :FB MK Jfi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gabungan Unik Resepi Dari Timur Tengah, Pakistan Dan Malaysia, Jom Cuba Makanan Di ‘The Dulang’ Kuching
Next Article Peti Sejuk Berkerak, Premis ‘Ceridak’ Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?