• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peti Sejuk Berkerak, Premis ‘Ceridak’ Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu

Oleh
Ismail NA
30 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Stok makanan diletakkan terus di atas lantai, peti sejuk kotor dan banyak lagi.

Peti Sejuk Berkerak, Premis ‘Ceridak’ Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di laman Facebook, pihaknya telah menyerbu beberapa buah premis makanan yang didapati tidak mematuhi tahap kebersihan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Serbuan tersebut telah dibuat menerusi sebuah operasi yang dinamakan Ops Premis Bersih yang dijalankan pada 21 hingga 23 Jun 2022 yang lalu.

Peti Sejuk Berkerak, Premis 'Ceridak' Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu
Peti Sejuk Berkerak, Premis ‘Ceridak’ Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu. Sumber: FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Sebanyak 26 premis di Bintulu termasuk 10 premis di Tatau telah diserbu dalam operasi terbabit. Akibat keadaan premis yang begitu membimbangkan, sebanyak 4 premis telah diarahkan tutup manakala 21 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan.

OPS PREMIS BERSIH BAHAGIAN BINTULU DAN TATAUSatu Ops Premis Bersih telah dijalankan pada 21-23 Jun 2022 oleh Unit…

Posted by Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu on Tuesday, June 28, 2022

Jijik dan kotor

Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Facebook Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu juga menunjukkan keadaan premis yang menjijikkan dan kotor.

Ada yang meletakkan stok makanan begitu sahaja di atas lantai, meletakkan sisa makanan ke dalam tong sampah tanpa berlapik, meletakkan bahan kimia pencuci berdekatan peralatan memasak dan banyak lagi.

Peti Sejuk Berkerak, Premis 'Ceridak' Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu
Sumber: FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu
Peti Sejuk Berkerak, Premis 'Ceridak' Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu
Sumber: FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Peti sejuk juga berkerak dan nampak kotor. Nampak seperti tidak dibersihkan selalu. Peti sejuk ini juga dilihat digunakan untuk menyimpan ais.

Peti Sejuk Berkerak, Premis 'Ceridak' Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu
Sumber: FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Walau bagaimanapun, gambar berikut menarik perhatian netizen. Bukan kerana telur yang diletakkan terus di atas lantai berdekatan dengan barangan peribadi seperti selipar, tetapi kotak minyak masak paket.

Seorang netizen di laman komen mempersoalkan bagaimana peniaga premis makanan ini boleh memborong satu kotak minyak masak paket. Hal ini kerana KPDNHEP telah menetapkan bahawa minyak masak paket ini adalah minyak masak bersubsidi yang dikhaskan untuk pembelian isi rumah domestik, dan bukannya digunakan oleh peniaga premis makanan.

Peti Sejuk Berkerak, Premis 'Ceridak' Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu
Sumber: FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan buat Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu atas tinjauan bagi memastikan premis makanan di Sarawak kekal bersih dan terjamin.

Sebelum ini, kami juga pernah menerbitkan amalan tidak baik yang dilakukan oleh peniaga yang tidak jujur:

SUMBER :FB Jabatan Kesihatan Bahagian Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jum Cuba Resepi Viral ‘Laba Garlic’, Jeruk Bawang Bertukar Hijau Emerald Lepas Diperam
Next Article Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?