I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Terliur Dibuatnya! Jom Cuba Resepi Umai Ikan Empirang, Makanan Tradisional Kaum Melanau Di Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terliur Dibuatnya! Jom Cuba Resepi Umai Ikan Empirang, Makanan Tradisional Kaum Melanau Di Sarawak

Oleh Nur Afifah 17 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Selalu jumpa umai penuh dengan bawang jer? Buat sendiri lah, jom!

Terliur Dibuatnya! Jom Cuba Resepi Umai Ikan Empirang, Makanan Tradisional Kaum Melanau Di Sarawak. Adakah anda pencinta makanan Melanau yang dipanggil umai? Umai merupakan salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melanau yang sudah menjadi makanan ikonik tanpa mengira bangsa di Sarawak. Hidangan ini juga kebiasaannya dihidangkan sewaktu keramaian dalam kalangan masyarakat Melanau, atau pun untuk santapan makan tengah hari di hari-hari biasa.

Terliur Dibuatnya! Jom Cuba Resepi Umai Ikan Empirang, Makanan Tradisional Kaum Melanau Di Sarawak
Terliur Dibuatnya! Jom Cuba Resepi Umai Ikan Empirang, Makanan Tradisional Kaum Melanau Di Sarawak

Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda resipi asli umai Melanau yang diperbuat daripada ikan empirang. Oh ya, selain ikan empirang, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan merah, ikan bawal, dan ikan yu.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar bersaiz kecil
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili kecil (mengikut selera masing-masing)
  • 2 biji cili merah besar
  • 12 biji limau kasturi
  • 1 inci belacan
  • 10 ekor ikan empirang
  • Cuka

Cara-cara membuatnya

  1. Siang ikan empirang. Buang kepala, ekor, dan siripnya. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam. Bermula dari bahagian ekor, hiris ikan secara melintang sehingga ke hujung sehingga ia menjadi satu filet panjang. Semasa anda menghiris, pastikan kedudukan pisau anda sentiasa pada sudut 180 darjah bagi mengelakkan anda terhiris filet sekali bersama tulang-tulangnya. Ulang perbuatan yang sama di bahagian sebelah ikan pula.
  2. Kemudian, hiris filet tadi dengan nipis.
  3. Setelah siap, tambahkan cuka ke dalam hirisan ikan dan biarkan seketika.
  4. Sementara itu, kupas bawang merah, bawang putih dan tumbuk sekali bersama cili kecil, cili merah besar, halia dan belacan. Tumbuk sehingga lumat. Anda juga boleh menggunakan pengisar makanan untuk lebih cepat dan mudah.
  5. Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam filet ikan dan gaul sebati.
  6. Potong limau kasturi dan perahkannya ke dalam campuran. Perah jusnya saja ya, biji sila buang.
  7. Tambah garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa. *Jika anda tidak mahu menambah perasa tambahan ke dalam makanan, kami cadangkan anda untuk menggunakan garam Himalaya kerana ia memberikan rasa 2 dalam 1 (rasa masin yang sama seperti anda menambahkan perasa ke dalam makanan).
  8. Hiris bawang besar dan tabur ke atas umai. Jangan terlalu banyak, nanti jadi umai bawang pula. Siap!

Anda boleh memakannya terus atau menyimpannya di dalam peti sejuk seketika. Hidangan umai ikan empirang ini sangat sesuai dimakan bersama nasi panas, sagu atau dimakan begitu sahaja. Kalau nak cuba stail asli orang Melanau, makanlah bersama sagu dan teh panas. Duduk pula dekat beranda sambil ditiup angin petang, memang layan.

Untuk lebih kepastian, anda juga boleh menonton video resipi umai yang telah kami terbitkan di Youtube kami;

Selamat mencuba! Jangan lupa komen, like, share dan subscribe!

Selain itu, baca juga resipi asli Sarawak yang lain;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Burger Gergasi Don’s Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching!
Next Article Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?