• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Kaji Semula Cadangan Naikkan Harga Siling Beras Tempatan

Oleh
Aina Musa
12 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerajaan Kaji Semula Cadangan Naikkan Harga Siling Beras Tempatan

Pengilang tidak lagi berminat membeli beras itu kerana harganya rendah

Kerajaan Kaji Semula Cadangan Naikkan Harga Siling Beras Tempatan. Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT) kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata demikian susulan syor dikemukakan Badan Kawal Selia Padi dan Beras, semalam.

Kerajaan Kaji Semula Cadangan Naikkan Harga Siling Beras Tempatan. Sumber: FMT

Beliau berkata, sebarang kesan kenaikan perlu mengambil kira kesan terhadap hampir 300,000 komuniti melibatkan pesawah, pengilang komersial, pemborong, dan peruncit.

“(Cadangan itu) sedang dibincang sebab harga (RM2.60 setiap 1kg BPT sejak) tahun 2008, jadi ada pihak katakan perlu kaji semula,” katanya menurut Harian Metro.

Mohamad berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Semalam, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood dilaporkan mencadangkan agar kerajaan menaikkan harga siling BPT demi menjaga masa depan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu, terutama pesawah.

Azman berkata, kenaikan harga siling BPT penting bagi mengelakkan berlakunya longgokan padi tempatan berikutan pengilang tidak lagi berminat meneruskan pembelian beras kerana harga rendah.

Keadaan itu sekali gus menyumbang kepada kerosakan padi boleh berlaku apabila pengilang menumpukan kepada penjualan beras putih import (BPI) kerana ia lebih menguntungkan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau berpandangan perlu ada penyelesaian “menang-menang” untuk semua pihak berkepentingan selain memastikan agenda keterjaminan makanan nasional sentiasa diutamakan.

Baca lagi artikel menarik:

Hanya RM7.90 Sekilo, KPDN Sarawak Tawar Ayam Dengan Harga Rahmah Setiap Jumaat
Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat ‘Cerita’ Palsu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Pengebumian Kuno Di Masyarakat Borneo
Next Article Kenali Benedict Sandin, Pakar Etnografi Pertama Sarawak Dan Sejarawan Iban Ulung Dunia Kenali Benedict Sandin, Pakar Etnografi Pertama Sarawak Dan Sejarawan Iban Ulung Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?