I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 5 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Pantang larang yang memiliki logiknya tersendiri

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya. Kita zaman kecil-kecil dulu pasti ada beberapa perkara yang sekarang ini kita pasti itu hanya sekadar pantang larang orang lama dan mungkin mitos juga, bukan? Terkadang, perkara yang kita anggap mitos tersebut ada maksud tersendiri yang mungkin kita tidak pernah terfikir.

Setiap sesuatu berlaku mesti bersebab. Begitu juga dengan pantang larang ini. Pasti ada sebab dan logik serta relevannya larangan tersebut. Tetapi, perkara pantang larang ini juga yang banyak menciptakan memori tersendiri untuk anak-anak yang lahir tahun 80-an hingga 90-an.

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya
‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya. Sumber gambar: Pakar Produk Anda

‘Jangan tunjuk pelangi nanti jari kudung’, paling popular tetapi paling misteri

Antara pantang larang yang paling popular ini juga adalah tentang larangan untuk menunjuk pelangi kerana dikhuatiri jari yang menunjukkan tersebut akan kudung. Dulu kita tak pernah nak mempersoalkan logik dan relevannya hal ini dan ini adalah pantang yang paling misteri.

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya
‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya. Sumber gambar: Yuyu Zulaikha

Mungkin disebalik pantang larang ini adalah tidak mengizinkan kita untuk keluar rumah untuk melihat pelangi kerana keadaan cuaca selepas hujan tersebut tidak baik untuk kesihatan anak-anak.

Jangan tiup pengasah pensil selepas mengasah

Salah satu perkara yang dianggap mitos tetapi pantang ini popular untuk budak-budak sekolah zaman 90-an dimana pengasah pensil tidak boleh ditiup selepas mengasah kerana dikhuatiri pisau pengasah akan tumpul. Kalau secara logik, maksud daripada perkara ini ada tersiratnya ilmu sains kerana bahan logam memang akan berkarat kalau terdedah dengan udara.

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya
‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya. Sumber gambar: Axello Tacts

Kalau logam berkarat sebenarnya agak berbahaya kalau kita tidak berhati-hati. Lebih-lebih lagi kalau mengakibatkan kecederaan. Mungkin ini antara sebab pantang larang ini terjadi dalam kalangan budak sekolah.

Salam tiba-tiba ucap ’aku nikahkan dikau dengan’, apa logiknya?

Bahkan, kalau zaman persekolahan dulu pasti ada budak-budak bergurau dengan cara bersalaman secara tiba-tiba dan terus mengucapkan kata-kata ’aku nikahkan dikau dengan’. Sekiranya kita tidak melepaskan segera salaman tersebut dan kawan yang lain bersahutan menyebut sah maka sebenarnya kita sudah berkahwin.

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Halaluka.blogsot.com

Pantang larang ini logiknya hanya ingin menunjukkan kepada kita bahawa perkara berkaitan dengan pernikahan ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main dan perkara sebegini adalah perkara serius untuk orang yang cukup dewasa sahaja. Bahkan, ianya juga terkait dengan keagamaan.

Larangan kena balik sebelum Maghrib

Bukan itu sahaja, dulu orang tua kita sememangnya selalu berpesan supaya kita harus balik ke rumah sebelum Maghrib atas alasan supaya kita tidak disorok oleh hantu. Namun, jika kita selami maksud tersirat pantang larang ini, ianya adalah larangan yang munasabah.

‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar: FB The Reporter

Mungkin hanya dengan pantang larang ini, anak-anak mudah untuk berhenti bermain di luar dan diajar bahawa Maghrib adalah waktu untuk solat. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Nak memudahkan anak-anak tahu kepentingan solat sejak kecil, mungkin ini salah satu caranya.

Rasanya banyak lagi pantang larang orang dulu-dulu yang banyak menciptakan memori tersendiri dalam hidup seseorang individu. Mungkin daripada perkara ini juga anak-anak terdahulu lebih menurut dan mendengar teguran orang tua.

Malaysia ini bukan setakat terkenal dengan mitos orang lama malah ada juga pantang larangnya. Contoh pantang larangnya adalah seperti dalam artikel berikut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive’ Bekas Pasangan
Next Article 2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin 2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?