• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Main ‘Libas-Libas’ Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam

Oleh
Ismail NA
26 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Orang awam yang khuatir dengan keselamatan diri melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Lelaki Main ‘Libas-Libas’ Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam. Libas parang di tempat awam? Dengar saja pun dah bahaya, inikan kalau nampak depan mata kan? Takut kita pula yang jadi mangsa.

Menurut laporan akhbar tempatan, seorang lelaki didapati mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang awam kerana bertindak mengacah parang dan melibas-libas peralatan tajam itu di sekitar kawasan Pintu Gerbang Sibu.

Lelaki bersama dua orang lagi rakannya berusia dalam lingkungan 26 hingga 34 tahun.

Lelaki Main 'Libas-Libas' Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam
Lelaki Main ‘Libas-Libas’ Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam. Sumber: Utusan Borneo

Orang awam yang khuatir dengan keselamatan diri segera melaporkan tindakan semberono lelaki berkenaan kepada pihak polis.

Libas parang dalam keadaan mabuk

Setelah menerima laporan daripada orang awam, pasukan polis daripada Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Bermotosikal Polis (URB) IPD Sibu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bahawa tiga sekawan itu masih berada di tempat kejadian.

Ketiga-tiga individu berkenaan rupa-rupanya masih berada dalam pengaruh alkohol.

Suspek turut bertindak kasar ketika cuba ditahan oleh pihak polis sehingga memaksa anggota penguatkuasa menggunakan kekerasan minimum untuk mengheret mereka ke balai polis.

Parang turut digunakan untuk memecahkan bangunan terdekat

Menerusi siasatan lanjut juga, salah seorang suspek memiliki sebilah parang yang digunakan untuk memecahkan dinding bangunan berhampiran Pintu Gerbang Sibu.

Lelaki Main 'Libas-Libas' Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam
Pintu Gerbang Sibu.

Kesemua suspek dibawah ke Balai Polis Sentral Sibu dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam masa yang sama, pihak polis turut menasihatkan orang awam agar tidak membawa senjata berbahaya serta mabuk di tempat awam.

Ingat tu! Lagi-lagi di musim perayaan Gawai dan Kaamatan ini. Anang ngirup kelalu. Enti mabuk, tinduk aja au? (Jangan minum berlebihan. Kalau mabuk, bawa tidur saja, okay?)

Daripada mabuk tak tentu pasal, jum lah kita pergi Bazaar Gawai ni. Mana tahu ada jumpa barang best untuk korang melaram sakan nanti. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu ‘Hailak’ Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh
Next Article Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?