• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Kantoi’ Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Di Bintulu Diambil Tindakan

Oleh
Aina Musa
12 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Kantoi' Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Di Bintulu Diambil Tindakan

RON95 petrol subsidi khas untuk warga Malaysia sahaja

‘Kantoi‘ Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Di Bintulu Diambil Tindakan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bintulu telah mengambil tindakan terhadap sebuah stesen minyak yang disyaki menjual minyak petrol bersubsidi RON95 kepada warga asing.

Ketua Cawangannya, Al Redzamani Abdul Razak, menyatakan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan aduan yang tersebar luas di media sosial, yang menunjukkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran asing sedang mengisi minyak petrol bersubsidi ke dalam tangki kenderaan.

'Kantoi' Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Di Bintulu Diambil Tindakan
‘Kantoi’ Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Di Bintulu Diambil Tindakan. Kredit: Utusan Borneo

Langgar peraturan kawalan bekalan minyak!

Beliau menegaskan bahawa pengusaha stesen minyak tersebut melanggar Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dengan menjual minyak bersubsidi kepada semua pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran asing.

Pihak KPDN Bintulu akan terus memantau bekalan bahan bakar untuk memastikan ia tidak dijual kepada pemilik kenderaan asing secara tidak sah selepas pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya sejak April tahun lepas.

'Kantoi' Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Di Bintulu Diambil Tindakan
Gambar hiasan

Ketua Cawangannya menegaskan bahawa semua pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran asing termasuk motosikal dilarang mengisi bahan bakar RON95 dan diesel, tetapi mereka dibenarkan untuk mengisi minyak RON97 di semua stesen minyak di seluruh negara.

Insiden ini pun bukan kali pertama!

Pengusaha stesen minyak yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala RM3 juta jika melakukan kesalahan berikutnya. Orang perseorangan yang didapati bersalah menjual minyak petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDN Bintulu menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dalam memastikan pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan tindakan tegas yang akan diambil terhadap mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Pencuri Dirakam Curi ‘Cashbox’ Kosong Dalam Kedai Makan Di Satok Buat Netizen Berdekah
Selamba Makan Hati Ayam Mentah, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen ‘Loya Tekak’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baju Raya Mahal Sampai RM200 Tapi Kualiti 'Hauk', Netizen Luah Rasa Kesal Terhadap Jenama Popular Ini Baju Raya Mahal Sampai RM200 Tapi Kualiti ‘Hauk’, Netizen Luah Rasa Kesal Terhadap Jenama Popular Ini
Next Article Tupperware Dikhabarkan Hampir Bankrap Dan Mungkin Akan Hentikan Operasi Tupperware Dikhabarkan Hampir Bankrap Dan Mungkin Akan Hentikan Operasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?