• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kecam Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Rupanya Akaun Palsu Menyamar Jadi Orang Lain

Oleh
Ismail NA
12 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Tak ada kerja ke?

Kecam Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Rupanya Akaun Palsu Menyamar Jadi Orang Lain. Semalam, tular sebuah perkongsian di laman sosial Facebook yang mengecam tahap kebersihan tandas di sebuah pusat beli belah di Kuching. Hantaran tersebut juga turut mengkritik pengurusan pusat beli belah berkenaan yang seolah-olah tidak mengambil peduli akan keadaan fasilti di pusat beli belah berkenaan.

Hantaran yang dimuat naik oleh individu menggunakan nama ‘Rahmod Rock‘ tersebut telah menerima perhatian netizen, yang sehingga kini telah menerima lebih daripada 300 perkongsian dan pelbagai reaksi.

Kecam Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Rupanya Akaun Palsu Menyamar Jadi Orang Lain
Kecam Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Rupanya Akaun Palsu Menyamar Jadi Orang Lain. Sumber: FB Rahmod Rock

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat menerusi hantaran tersebut sehingga menimbulkan perbalahan berbaur perkauman di antara pemilik hantaran dan netizen.

Hantaran tersebut rupanya dikendalikan oleh akaun palsu yang menyamar menjadi orang lain

Walau bagaimanapun, akaun ‘Rahmod Rock’ tersebut dipercayai merupakan akaun palsu setelah seorang individu tampil mendakwa bahawa gambarnya telah disalah gunakan sebagai gambar profil akaun berkenaan.

Individu tersebut yang bernama Mohd Hizir, terkejut apabila terdapat rakan Facebooknya mengirimnya hantaran berkenaan untuk mengesahkan kepadanya memandangkan ianya telah tular.

Kecam Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Rupanya Akaun Palsu Menyamar Jadi Orang Lain
Sumber: FB Mohd Hizir Rembeli

Tidak berlengah, beliau terus membuat laporan polis untuk melaporkan kejadian berkenaan sekaligus sebagai rujukan untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bercerita lebih lanjut, Hizir juga kesal apabila gambar peribadinya telah disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk meraih publisiti dan memuat naik komen berunsur provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan.

Kecam Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Rupanya Akaun Palsu Menyamar Jadi Orang Lain
Laporan polis yang dibuat oleh Hizir untuk rujukan aduan SKMM. Ihsan Mohd Hizir.

Hanya akaun palsu sahaja yang secara logiknya akan memaparkan nombor telefon di gambar profil. Ini tidak masuk akal sama sekali, dan membahayakan keselamatan saya.

Hizir, mangsa akaun palsu ‘Rahmod Rock’

Menerusi hantaran tersebut, individu terbabit juga sekaligus dikatakan telah mencemarkan nama baiknya serta mendedahkan maklumat peribadinya kepada orang awam yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab individu bernama ‘Rahmod Rock’ tersebut.

‘Rahmod Rock’ akan saya bawa ke muka pengadilan – Mangsa

Bercakap kepada ILOVEBORNEO, Hizir yang juga merupakan penjawat awam tidak akan teragak-agak untuk mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan kerana merosakkan reputasinya. “Jika ingin mengkritik atau meluahkan sesuatu di media sosial, sila gunakan identiti sendiri dan bukannya ‘merembat’ gambar sesiapa sahaja sehingga mendatangkan mudarat kepada individu sebenar”, ujar Hizir.

Oleh yang demikian, orang ramai digesa untuk melaporkan akaun palsu berkenaan kepada Facebook dan menyekatnya agar perkara tidak bertanggungjawab sebegini tidak berleluasa.

Macam-macam cara nak perdaya orang ramai sekarang, hati-hati ya semua. Ini antara yang terbaharu:

Taktik Sindiket, Jangan Terjerat Pelaburan Philip Palsu
‘Kalau Dapat Kad Jemputan Macam Ni Jangan Tekan’, Wanita Ini Tunjuk Cara Scam Baru
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Badan Berlubang, Anak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Dan Housemate Pengkid
Next Article Dendam Dilabel Anak Tak Membanggakan, Remaja Bunuh Ibu Dan Tetak Bapa Guna Parang Dendam Dilabel Anak Tak Membanggakan, Remaja Bunuh Ibu Dan Tetak Bapa Guna Parang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?