• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, ‘Ikon Guru’ Ini Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
12 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, 'Ikon Guru' Ini Pula Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak

Cikgu Emmet, Ikon Guru di Bumi Kenyalang

Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, ‘Ikon Guru’ Ini Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak. Baru-baru tular mengenai lebih daripada 200 bakal guru telah menolak tawaran untuk dihantar mengajar di Sarawak.

Terdapat pandangan umum yang menyatakan bahawa jika seorang guru ditempatkan untuk mengajar di Sarawak, kehidupannya akan dipenuhi dengan cabaran yang sukar dan perit.

Seorang pendidik bernama Ahmad Faizal Osman, yang juga dikenali sebagai Cikgu Emmet Menulis, mengakui bahawa persepsi seperti ini mungkin boleh mempengaruhi keputusan bakal guru untuk menolak penempatan di Sabah dan Sarawak.

Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, 'Ikon Guru' Ini Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak
Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, ‘Ikon Guru’ Ini Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak. Kredit: Facebook

Lebih 200 orang guru tolak tawaran ke Sarawak

Cikgu Emmet menjelaskan bahawa beliau tidak pasti mengapa 222 dari 3,227 guru ‘one-off’ yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran tersebut sehingga 30 September tahun lepas, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa trend di mana penempatan di Sarawak dikaitkan dengan kehidupan yang sukar dan penuh cabaran mungkin menjadi satu persepsi yang mempengaruhi keputusan bakal guru.

Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, 'Ikon Guru' Ini Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak

Namun begitu, satu perkongsian beliau di Facebook baru-baru ini telah meraih perhatian khususnya warga Sarawak.

Menurutnya, pada permulaan karier beliau bergelar seorang guru, rata-rata pendidik memilih untuk dihantar ke lokasi yang lebih jauh bagi menimba pengalaman dan ilmu baharu.

Cikgu Emmet buka mata bakal pendidik

Tambahnya, banyak manfaat yang diperoleh sekiranya berkhidmat di kawasan terpencil mahupun pedalaman.

Jumlah murid di pedalaman adalah jauh lebih rendah berbanding di kawasan bandar. Sekolah Kurang Murid (SKM) lebih memberikan kepuasan guru-guru baharu ini meneroka kaedah pengajaran lebih kreatif.

Kecewa Bakal Pendidik Tolak Tawaran, 'Ikon Guru' Ini Kongsi Keindahan Mengajar Di Sarawak

Pelajarnya juga berbudi bahasa dan menghormati guru. Bahkan, ibu bapa pun turut menghormati guru dengan menawarkan apa-apa bentuk bantuan memandangkan mengetahui guru-guru ini masih kekok untuk survive di kawasan pedalaman.

Dari segi infrastruktur pula, beliau menambah jalan raya di pedalaman Sarawak lebih mudah diakses berbanding dahulu.

Malah, setiap daerah di Sarawak pun sudah memiliki lapangan terbang yang memudahkan para guru ini untuk kembali ke Semenanjung bila-bila masa sahaja.

Perkongsiannya itu telah membuka banyak mata dan sedikit sebanyak menepis persepsi buruk masyarakat bahawa dihantar berkhidmat ke Sarawak bukanlah satu keperitan. Sebaliknya, pengalaman ini wajar dijadikan cabaran disamping mencipta pengalaman manis.

Baca lagi artikel menarik:

Lebih 200 Guru ‘One-Off’ Tolak Tawaran Untuk Berkhidmat Di Sarawak
Demi Pelajar Pedalaman, Guru Ini Sanggup Hantar Kerja Sekolah Guna Sampan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MMA Sports Hub Di Boulevard Mall, Kini Anda Boleh Pelajari Seni Bela Diri Di Kuching MMA Sports Hub Di Boulevard Mall, Kini Anda Boleh Pelajari Seni Bela Diri Di Kuching
Next Article Pertama Di Malaysia, Hotel Sandakan Ini Tawar Pakej Penginapan Rahmah Pertama Di Malaysia, Hotel Sandakan Ini Tawar Pakej Penginapan Rahmah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?