Lampu ‘lip lap’ di kampung Kabong buat netizen teruja nak balik kampung
Rumah Dihias Penuh Dengan Lampu Raya Di Kabong Ini Tarik Perhatian Netizen. Memandangkan musim perayaan semakin hampir, ramai isi rumah sudah mula membuat persiapan untuk sambutan Raya.
Satu hantaran video tular di media sosial mengenai sebuah rumah yang dihiasi penuh dengan lampu raya di Kabong, Sarawak, menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, sebuah rumah besar dilihat dihiasi penuh dengan lampu-lampu Raya dan jelas ia merupakan rumah yang paling menonjol di kawasan kejiranan tersebut dengan lampu-lampu itu berkelip terang dalam kegelapan malam.
Rupa-rupanya tiap tahun viral, netizen turut teruja mahu melawat ke rumah tersebut
Tinjauan pada ruangan komen mendapati bahawa rumah ini pernah viral sebelum ini – lebih tepat lagi, setiap tahun menjelangnya musim perayaan Hari Raya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terpesona melihat rumah itu dihiasi cantik dengan lampu Raya dan ada juga tertarik nak melawat rumah tersebut. Bahkan, netizen juga teruja dan tidak sabar mahu balik ke kampung halaman mereka.
Dalam pada itu, sesetengah netizen turut berseloroh tentang bil elektrik yang perlu dibayar pemilik rumah terbabit.