• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kelas Sape Anak Sarawak Cipta Sejarah Satukan Pemain Sape Berbilang Bangsa

Oleh
ILB - AI
11 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sape medium penyatuan.

Kelas Sape Anak Sarawak Cipta Sejarah Satukan Pemain Sape Berbilang Bangsa. Siapa sangka Sape yang merupakan alat musik tradisional yang sinonim dengan Borneo telah menjadi medium untuk menyatukan masyarakat. Hal ini adalah antara objektif Sape’ Movement yang diasas oleh Hallan Hashim.

Siapa juga tak kenal dengan nama Hallan Hashim kalau berkaitan dengan Sape bukan? Beliau adalah individu disebalik tercapainya objektif ini dimana beliau telah membuat kelas Sape yang bukan tertumpu sahaja untuk anak Borneo malah untuk umum tanpa mengira kaum dan bangsa.

Kelas Sape Anak Sarawak Cipta Sejarah Satukan Pemain Sape Berbilang Bangsa
Kelas Sape Anak Sarawak Cipta Sejarah Satukan Pemain Sape Berbilang Bangsa. Sumber Gambar: FB Sape’ Movement

Kelas bersemuka di Kuala Lumpur mendapat sambutan

Kelas Sape yang dipimpin oleh Hallan telah mencipta sejarah kerana ianya mampu menyatukan pelajar beliau yang datang dari pelbagai bangsa dan kebanyakkan mereka bukan berasal dari Borneo. Dengan adanya inisiatif ini, ianya dapat memberi pendedahan yang lebih luas untuk masyarakat luar untuk mengetahui lebih dalam tentang alat musik tradisional ini.

Bukan itu sahaja, kelas ini juga mendapat sambutan yang baik dan banyak menarik minat khalayak ramai yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, bahkan India kerana kelas ini telah diadakan di Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama tenaga pengajar dan pelajar bersemuka selepas 2 tahun hanya bertemu disebalik layar digital.

Kelas Sape Anak Sarawak Cipta Sejarah Satukan Pemain Sape Berbilang Bangsa
Sumber Gambar: FB Sape’ Movement

Antara individu yang telah bekerjasama dengan baik untuk menjayakan kelas bersemuka kali pertama ini adalah orang kuat Sape’ Superstar iaitu @andersonkalang dan @leslie9988 yang merupakan pemain lagenda Istana Budaya. Mereka telah berganding bersama dengan Hallan demi menjayakan Sape Masterclass ini.

Kelas Sape Anak Sarawak Cipta Sejarah Satukan Pemain Sape Berbilang Bangsa
Sumber Gambar: FB Sape’ Movement

Bukan itu sahaja, kelas kali ini juga telah mendapat sokongan daripada Sada Borneo serta kesudian pihak @tgs_academy yang telah meynyediakan tempat untuk kelas ini berlangsung.

Kita seharusnya berbangga dengan kesenian Borneo kita kerana ianya dapat menajdikan orang bukan Borneo berminat untuk mempelajari seni tradisional kita termasuk alat musik seperti Sape.

Boleh baca artikel berikut jika ingin mengenali pemain Sape Sarawak yang lain selain Hallan Hashim:

Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak
Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini
SUMBER :FB Sape’ Movement
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lori Tak Bertanggungjawab Langgar Lari Penunggang Motosikal Di Kuching
Next Article Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?