• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS

Oleh
Nazihah AN
29 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS

Ketua pimpinan PAS itu memuat naik satu hantaran di Facebook pada 20 Ogos 2022

Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS. Sebelum ini Presiden PAS, Hadi Awang menyatakan bahawa kaum bukan Muslim dan kaum bukan Bumiputera merupakan ‘akar umbi rasuah’ di Malaysia.

Hal ini telah mencetus kemarahan buat penduduk bukan muslim, terutamanya penduduk Sarawak. Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak turut melarang Presiden PAS untuk masuk Sarawak seumur hidup.

Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS
Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS. Sumber gambar: The Borneo Post

Sebanyak 28 laporan dibuat ke atas Presiden PAS

Menurut Malay Mail, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini membuat laporan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di balai polis Kota Sentosa ke atas kenyataan rasis yang telah diungkapkan beliau.

Menerusi kenyataan pihak polis, pihak mereka telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas beliau berkaitan dengan kenyataan berbaur rasis dan ekstremis. Sebanyak 28 laporan dibuat ke atas Presiden PAS setakat ini.

Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS
Sumber gambar: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 
https://www.facebook.com/polisdaerahpadawan/posts/pfbid0Ld5qYn9EnKGYzPy6SXY3iUdoNRwDBfY8eYSQeo9K994YJCngSMHvmKvBB9ezH8GBl

Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

YB Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuat.

Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS
Sumber gambar: Malay Mail

Sebelum ini, Hadi pernah hina kaum Iban yang undi Barisan Nasional pada tahun 2009 sebab masih pakai cawat. Ekoran itu, Liwan menggesa agar kerajaan Sarawak mengenakan sekatan masuk ke Sarawak seumur hidup kepada Hadi Awang kerana anasir ekstremis nya yang tidak selari dengan prinsip toleransi di Sarawak.

Berhubung kait kes di atas, anda boleh baca pautan artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut:

Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup

Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masih Belum 'Move On' Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k Masih Belum ‘Move On’ Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k
Next Article Asyik Buat Aksi Superman Sampai Tak Sedar Dirakam Polis, Remaja Akhirnya Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?