fbpx
Cerita Borneo

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

Kalau tidak dipatuhi, ada akibat yang menanti.

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar. Perayaan hantu lapar atau dikenali dengan nama perayaan Yu Lan dalam Mandarin dan Phor Thor dalam masyarakat Hokkien adalah perayaan yang telah disambut setiap tahun selama 135 tahun.

Berdasarkan kalendar lunar tahun ini, bulan hantu lapar bermula pada 19 Ogos manakala hari roh ini dibebaskan dari neraka adalah pada 2 September 2020. Pada bulan inilah, masyarakat Cina akan memberikan ‘persembahan’ kepada roh-roh yang telah meninggal dunia.

Walau pun tiada perayaan yang meriah seperti tahun-tahun sebelumnya akibat pandemik, namun masyarakat Cina tetap menyambutnya dengan membakar colok, wang kertas olok-olok serta menawarkan persembahan kepada roh dalam bentuk makanan.

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

1. Dilarang memijak, menyentuh atau menendang item sembahyang atau barangan yang ‘dipersembahkan’ kepada hantu di jalanan

Jika anda pernah melihat tapak sembahyang Cina sementara di tepi jalan, ia merupakan salah sebuah tapak yang dibina sebagai rasa hormat dan ‘persembahan’ untuk roh hantu lapar.

Bagi mereka yang telah terpijak secara tidak sengaja, pastikan anda telah meminta maaf dan mengaku bersalah atas perbuatan anda.

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
Foto : Rina Zul

Sekiranya barangan atau tapak tersebut diganggu, masyarakat Cina percaya bahawa individu tersebut akan diganggu akibat menimbulkan kemarahan roh. Bahkan, diganggu sehingga pulang ke rumah.

2. Dilarang mengambil wang syiling di jalanan

Jika anda menemui wang syiling di jalanan semasa musim perayaan hantu lapar, elakkan untuk membawa syiling tersebut pulang ke rumah. Ini kerana wang syiling yang dipersembahkan adalah sebagai rasuah untuk penjaga neraka.

Perbuatan mengutip syiling ini adalah sesuatu yang menyinggung penjaga neraka dan boleh mengakibatkan anda menghadapi kesusahan apabila berada di alam selepas kehidupan kelak.

3. Elakkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam

Masyarakat Cina percaya bahawa mereka dilarang memakai pakaian berwarna hitam dan merah semasa musim perayaan ini. Ini kerana warna merah dan hitam boleh menarik perhatian hantu-hantu lapar ini terhadap anda!

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

4. Jangan dirikan kayu penyepit (chopstick) ke dalam mangkuk nasi

Perbuatan mencucuk kayu penyepit secara menegak ke dalam semangkuk nasi juga amat ditegah semasa perayaan hantu lapar. Ini kerana ia seolah-olah seperti colok yang dicucuk semasa upacara sembahyang.

Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut boleh mengundang kedatangan hantu lapar ke rumah kerana beranggapan ia merupakan satu undangan.

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
Foto : Quora

5. Elakkan penggunaan nombor 4

Masyarakat Cina percaya bahawa nombor 4 adalah nombor yang membawa nasib malang. Malah, istilah ‘tetraphobia’ wujud berdasarkan ketakutan manusia terhadap angka 4.

Sebutan nombor 4 seakan-akan sama dengan istilah ‘mati’ jika disebut dalam bahasa Kantonis. Jadi, adalah lebih baik menurut mereka untuk mempunyai apa-apa kaitan dengan nombor 4 semasa musim ini.

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
Foto : Lolwot

6. Tangguhkan perkahwinan, perniagaan baru atau pindah ke rumah baru

Bagi pasangan yang ingin berkahwin pula, masyarakat Cina percaya mereka perlu menangguhkan seketika perkahwinan mereka dan meraikannya pada tarikh selain daripada musim hantu lapar.

Perkahwinan yang dilangsungkan pada waktu ini dipercayai akan berakhir dengan buruk malah disumpah sehingga menyebabkan pasangan merasa sukar untuk bersama.

Begitu juga dengan perniagaan dan perpindahan ke rumah baru yang mengundang rasa tidak puas hati roh yang mendiami ruang atau bangunan kosong.

7. Jauhi kawasan air seperti pantai atau kolam

Semasa musim hantu lapar, dipercayai bahawa roh hantu yang lemas tidak dapat kembali ke alam yang sepatutnya. Maka, mereka akan menarik makhluk hidup termasuk manusia yang berlegar dan bermain di kawasan berair bagi menggantikan roh mereka agar dapat kembali ke tempat yang sepatutnya.

8. Jangan tidur di hadapan cermin

Cermin merupakan sesuatu yang sangat berkuasa menarik kehadiran roh seperti yang dipercayai dalam kalangan masyarakat Cina.

Oleh yang demikian, mana-mana individu yang tidur di hadapan cermin atau apa-apa perkara yang reflektif boleh mengundang roh untuk mengganggu hidup anda.

Foto : Womantalk

9. Pulang ke rumah segera semasa matahari terbenam

Perayaan hantu lapar yang disambut semasa bulan ke 7 dalam kalendar Cina ini juga adalah musim berhati-hati buat masyarakat Cina. Dikatakan bahawa pada bulan ke-7 ini, roh-roh akan lebih sering berada di luar pada waktu malam kerana manusia tidak dapat menghalang mereka. Tenaga ‘Yin’ dari bulan juga memberikan mereka lebih banyak kekuatan pada waktu malam.

Oleh yang demikian, peratusan untuk anda untuk ‘terserempak’ dengan mereka juga sangat tinggi.

Foto : The Review

Kanak-kanak dan wanita mengandung adalah golongan yang perlu lebih berhati-hati kerana golongan ini ialah sasaran mudah para roh.

10. Jangan letak anak kecil di atas tapak ‘persembahan’

Kanak-kanak adalah roh yang dianggap suci dan bersih. Anda dilarang untuk meletakkan anak kecil di atas tapak ‘persembahan’ untuk roh di majlis perayaan hantu lapar kerana dipercayai roh anak anda akan diambil oleh roh lapar tersebut.

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
Foto : Tionghoa.INFO

Malah, perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian kepada anak kecil anda.

Adakah anda pernah mendengar kisah yang berkaitan dengan perayaan hantu lapar? Atau ada benarnya pantang larang ini kerana anda pernah mengalaminya?

Kongsikan pandangan anda di ruang komen.

Ini pula kepercayaan masyarakat Cina terhadap nombor 4 :

Artikel Berkaitan

Back to top button