• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali 10 Spesis Burung Kenyalang, 3 Daripadanya Paling Common Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Land of the Hornbills.

Kenali 10 Spesis Burung Kenyalang, 3 Daripadanya Paling Common Di Sarawak. Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang, dengan pelbagai burung kenyalang yang terdapat di negeri ini. Malah, burung kenyalang memain peranan penting dalam mitos dan legenda kaum pribumi di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Land of the Hornbills.
  • Burung Enggang (Rhinoceros Hornbill)
  • Burung Lilin (Oriental Pied Hornbill)
  • Burung Kekek (Black Hornbill)
  • Enggang Papan (Great Hornbill)
  • Enggang Kawan/Buluh (Bushy-crested Hornbill)
  • Enggang Berkedut (Wrinkled Hornbill)
  • Enggang Bulu (White-crowned Hornbill)
  • Enggang Gunung (Wreathed Hornbill)
  • Enggang Hutan (Plain-pouched Hornbill)
  • Burung Terbang Mentua/Burung Torak (Helmeted Hornbill)

Walaupun synonymous sebagai ikon Sarawak, burung ini juga terdapat di seluruh Malaysia.

Terdapat banyak jenis burung kenyalang di Malaysia, dimana 3 daripada bilangan itu paling common di Sarawak. Berikut adalah senarai burung kenyalang yang ada di negara kita.

Kenali 10 Spesis Burung Kenyalang, 3 Daripadanya Paling Common Di Sarawak

Burung Enggang (Rhinoceros Hornbill)

Burung enggang ialah burung kenyalang yang paling terkenal dari semua spesies. Burung ini juga merupakan burung negeri Sarawak dan juga lambang negeri Sarawak.

Burung ini kebanyakannya terdapat di hutan dipterocarp dan bukit rendah. Burung enggang jantan mempunyai nada ‘hok’ yang dalam dan kuat, manakala burung enggang betina mempunyai nada yang lebih tinggi.

Bagi membezakan jantina burung enggang, burung jantan mempunyai paruh yang melengkung ke atas yang berwarna merah terang dan kuning. Bahagian perutnya berwarna hitam manakala bahagian bawah perutnya berwarna putih. Ekornya berwarna putih dan mempunyai jalur hitam di pertengahan ekor.

Bagi burung betina, saiz badannya lebih kecil dan warna paruhnya lebih pudar berbanding dengan paruh burung jantan.

Kenali 10 Spesis Burung Kenyalang, 3 Daripadanya Paling Common Di Sarawak

Burung Lilin (Oriental Pied Hornbill)

Burung ini juga dikenali sebagai ‘Alau Pedada’ oleh penduduk tempatan dan antara burung kenyalang yang terdapat di Sarawak. Burung ini lebih kepada di persekitaran pantai, hutan kepulauan dan pinggir hutan di seluruh hutan daratan rendah.

Burung ini biasanya terbang dalam kumpulan yang melebihi 22 burung. Saiznya sederhana.

Burung jantan berwarna hitam dan mempunyai tanda muka warna putih yang kecil. Ia juga mempunyai paruh berwarna kuning pucat dan sedikit warna hitam.

Manakala bagi burung betina, ia mempunyai paruh yang lebih kecil dan berwarna hitam.

Kenali 10 Spesis Burung Kenyalang, 3 Daripadanya Paling Common Di Sarawak

Burung Kekek (Black Hornbill)

Burung ini juga dikenali sebagai ‘Rengak’ di kalangan penduduk tempatan dan merupakan salah satu spesies yang paling banyak dijumpai di Sarawak.

Ia biasanya menghuni hutan dataran rendah di bawah 600 meter yang meliputi hutan aluvial, gambut, bakau, heath, dan bukit pantai.

Untuk bezakan jantinanya, saiz burung jantan mempunyai bulu jambul hitam dan sedikit keputihan serta warna kulit muka ialah hitam.

Manakala burung betina mempunyai paruh yang lebih kecil dari burung kekek jantan dan mempunyai kulit sedikit merah jambu.

Enggang Papan (Great Hornbill)

Burung ini dapat ditemui di hutan malar hijau yang bercampur dengan daun luruh serta hutan di kepulauan dengan ketinggian 1525m.

Bagi bezakan jantina burung ini, burung jantan lebih besar dan lebar, paruhnya berwarna kuning dan ekornya berwarna putih serta kelepak berwarna hitam.

Bagi burung betina, ia lebih kecil dan paruhnya berwarna hitam kekuningan.

Kenali 10 Spesis Burung Kenyalang, 3 Daripadanya Paling Common Di Sarawak

Enggang Kawan/Buluh (Bushy-crested Hornbill)

Burung ini dapat ditemui di hutan malar hijau dan sekunder dengan ketinggian sehingga 1500m.

Burung jantan mempunyai bulu yang gelap dan jambul yang lebat, manakala burung betina mempunyai paruh yang lebih kecil serta leher yang berwarna coklat.

Enggang Berkedut (Wrinkled Hornbill)

Juga ditemui di hutan malar hijau, ia juga boleh ditemui di hutan paya air tawar dan kawasan tanah rendah di ketinggian sehingga 1700m.

Burung jantan mempunyai paruh yang berwarna kuning dan atas berwarna hitam, serta dengan ekor yang berwarna putih kepada kekuningan.

Untuk burung betina pula, kantung lehernya kurang menonjol dan ekornya berwarna hitam.

Enggang Bulu (White-crowned Hornbill)

Burung ini juga ditemui di hutan malar hijau dengan ketinggian sehingga 1000m.

Tak seperti burung kenyalang lain yang disenaraikan, burung ini hanya mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih.

Bagi burung jantan, ia kepala, leher, dada, dan ekornya berwarna putih. Untuk burung betina pula, warna hitam tersebut hanya ada di bahagian leher dan bawah.

Enggang Gunung (Wreathed Hornbill)

Burung ini dapat ditemui di hutan malar hijau dan hutan di kepulauan dengan ketinggian sehingga 1830m.

Untuk burung jantan, ia mempunyai paruh yang kecil dan pendek serta warna ekor kekuningan sehingga perang.

Bagi burung betina, bahagian kepala dan lehernya berwarna hitam serta kantung leher yang berwarna biru.

Enggang Hutan (Plain-pouched Hornbill)

Ditemui di hutan malar hijau dengan ketinggian 915m, burung ini hampir serupa dengan enggang gunung. Namun, yang membezakan kedua-dua burung ini adalah saiz badan enggang hutan lebih kecil.

Bagi bezakan burung jantan dan betina, burung jantan mempunyai paruh yang lebih pendek. Paruh ini berwarna perang manakala kantung leher berwarna kehitaman. Untuk burung betina, kantung lehernya berwarna putih.

Burung Terbang Mentua/Burung Torak (Helmeted Hornbill)

Terdapat di hutan malar hijau dan ketinggian sehingga 1400m, burung ini mempunyai saiz yang besar.

Burung jantan mempunyai bulu ekor yang panjang serta kulit yang berwarna merah gelap di sisi kepala, tekak dan leher.

Manakala burung betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Paruhnya pulah berbintik hitam di hujung dan kulit muka dan lehernya berwarna ungu pucat.

Cantik kan burung-burung kenyalang? Sebagai peringatan, burung kenyalang merupakan salah satu haiwan yang dilindungi.

Sebaiknya, kagumi burung ini dari jauh dan laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda melihat salah satu burung ini dianiaya atau diambil sebagai haiwan peliharaan peribadi.

Admire these beautiful birds from a far!

Selain daripada burung Enggang, ketahui haiwan unik Borneo di sini:

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu
Subspesies Gajah Terkecil Di Dunia, Kenali Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidup Serba Kekurangan, Rumah Keluarga Daif Di Kampung Tambirat Asajaya Ini Berlantaikan Tanah
Next Article Ada Burung Enggang, Rafflesia, Pokok Belian, Terokai Hutan Royal Belum Perak Yang Berusia 130 Juta Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?