fbpx
Berita Dunia

Dua Warga Malaysia Dituduh Menggodam Ratusan Syarikat, Organisasi

Dua orang rakyat Malaysia didakwa jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana telah menggodam secara global terhadap Ratusan Syarikat, Organisasi

Dua Warga Malaysia Dituduh Menggodam Ratusan Syarikat, Organisasi. Dua rakyat Malaysia bersama lima warga China telah didakwa di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (Department of Justice) kerana telah melakukan penggodaman global terhadap ratusan syarikat dan organisasi di seluruh dunia.

Menurut dokumen mahkamah, dua suspek itu yang merupakan ahli perniagaan ditahan di Malaysia pada Isnin dan Department of Justic telah memohon proses ekstradisi, sementara warga China yang turut tertuduh masih bebas.

Dua Warga Malaysia Dituduh Menggodam Ratusan Syarikat, Organisasi
Dua Warga Malaysia Dituduh Menggodam Ratusan Syarikat, Organisasi

Mencuri maklumat untuk dijual di pasar gelap

Menurut New York Times, maklumat yang telah dicuri ini digunakan untuk tujuan memeras ugut mangsa dan untuk dijual di pasar gelap.

Kedua-dua rakyat Malaysia ini dipercayai telah berkerjasama dengan lima orang penggodam itu untuk mencuri dan juga menyeleweng wang menerusi industri permainan video.

Antara taktik yang telah digunakan mereka adalah dengan mencuri barang dalam permainan video (in-game) menerusi penggodaman yang kemudiannya akan dijual menserusi pasaran gelap.

Timbalan Peguam Negara Jeffrey A. Rosen dalam sidang media Rabu semalam, berkata; dua warga China bersama dua warga Malaysia yang tertuduh telah didakwa menjual hasil godaman mereka di pasaran gelap menerusia laman web haram.

Dua Warga Malaysia Dituduh Menggodam Ratusan Syarikat, Organisasi
Dua Warga Malaysia Dituduh Menggodam Ratusan Syarikat, Organisasi

Sasar Sosial Media untuk digodam

Tiga penggodam warga China ini pula telah meletakkan pemaju aplikasi dan syarikat sosial media sebagai sasaran mereka.

Kerajaan China pula telah membenarkan rakyatnya untuk melakukan pencerobohan dan serangan di serata dunia kerana mereka juga akan membantu Republik Rakyat China.

New York Times telah melaporkan penggodam, Zhang Haoran, Tan Dailin, Qian Chuan dan Fu Qiang yang telah menyasarkan syarikat teknologi dan media social, university, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, menurut dakwaan.

Aktiviti jenayah siber yang telah dilakukan itu telah berjaya dikesan menggunakan nama kumpulan Advanced Persistent Threat 41, Barium, Winnti, Wicked Panda dan juga Panda Spider.

Hal ini demikian telah mendapat pertolongan daripada syarikat mega termasuk Verizon, Microsoft dan Alphabet bagi membantu kerajaan dalam siasatan tersebut.

Lagi Disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button