• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Lelaki Ini Ditampar Di Hadapan Umum Selepas Cuba Lamar Kekasih Guna Cincin Lolipop

Oleh
ILB - AI
7 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Mungkin tak sempat beli yang mahal

Lelaki Ini Ditampar Di Hadapan Umum Selepas Cuba Lamar Kekasih Guna Cincin Lolipop. Sudah jatuh ditimpa tangga, hari yang malang untuk seorang lelaki yang cuba melamar teman wanitanya apabila dia ditampar dan disimbah air dihadapan ribuan penonton selepas menggunakan cincin lolipop.

Lapor media, kejadian dikatakan berlaku di sebuah stadium pada perlawanan besbol antara pasukan Toronto Blue Jays dan Boston Red Sox itu telah tular selepas video pasangan tersebut dimuat naik ke media sosial.

Menerusi paparan video tersebut, lelaki itu cuba untuk menghentikan teman wanitanya yang sedang menuju ke tempat duduknya sebelum perlawanan bermula.

Lelaki Ini Ditampar Di Hadapan Umum Selepas Cuba Lamar Kekasih Guna Cincin Lolipop
Lelaki Ini Ditampar Di Hadapan Umum Selepas Cuba Lamar Kekasih Guna Cincin Lolipop

Ingatkan beli dekat Habib Jewels, rupanya kedai eco

Lelaki terebut juga memeluk erat teman wanitanya itu sambil melafazkan ayat ‘i love you‘ dan kemudiannya dia berlutut di hadapan wanita itu untuk melamarnya.

Sudah pasti reaksi wanita itu amat teruja sambil menutup mulutnya disaksikan ribuan penonton di situ yang turut merakam detik romantik termasuk kru media yang turut memaparkan aksi lelaki itu di skrin utama stadium.

Lelaki itu juga terus mengeluarkan sebuah kotak berwarna hitam yang pasti membuatkan orang lain berfikiran ia mengandungi sebentuk cincin yang cantik membuatkan hati kekasihnya itu berdebar-debar.

https://www.tiktok.com/@canadianpartylife/video/7150004590904216838?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en
Kredit: TikTok canadianpartylife

Namun, romantik bertukar tragis apabila cincin yang disangka permata cantik yang mahal rupanya lolipop yang berbentuk cincin membuatkan hati kekasihnya hancur berkecai sehingga terkaku melihat kandungan di dalam kotak tersebut.

Wanita itu juga menampar teman lelakinya itu sambil memarahinya dan menyimbah air minuman ke atas lelaki itu kerana terlalu berang dengan tindakan lelaki itu melamarnya menggunakan cincin lolipop.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada lamaran tersebut hanyalah suatu gurauan atau memang perkara betul terjadi kerana di setiap acara perlawanan besbol akan ada satu sketsa lucu untuk menghiburkan penonton.

Lagi cerita menarik di sini:

GEMPAR: Insiden Tembakan Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak, 31 Kematian Dicatat Setakat Ini
[VIDEO] Tanah Kubur Runtuh Akibat Hujan Lebat, Jenazah Hampir Hanyut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 4 Menu Sarapan Pagi Paling Popular Di Sarawak
Next Article Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?