• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Perlu Transit KL, Kota Kinabalu Kini Sudah Ada Direct Flight Ke Korea!

Oleh
Ismail NA
26 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Bestnya orang Sabah! Selangkah je nak annyeonghaseyo. Hihi.

Tak Perlu Transit KL, Kota Kinabalu Kini Sudah Ada Direct Flight Ke Korea! Sempadan negara di seluruh dunia kini sudah mulai dibuka untuk meraikan kedatangan semula pelancong asing. Begitu juga di Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Bestnya orang Sabah! Selangkah je nak annyeonghaseyo. Hihi.
  • 3 pesawat Korea sambung semula operasi ke Kota Kinabalu
  • Pelancong Korea adalah pelancong kedua teramai ke Sabah selepas China
  • Memang padanlah orang Korea suka kan? Cuba tengok tempat ni. Memang tak berkedip mata dibuatnya:

Tahukah anda bahawa selain penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Korea dari Kota Kinabalu, Sabah? Best kan?

Tak Perlu Transit KL, Kota Kinabalu Kini Sudah Ada Direct Flight Ke Korea!
Tak Perlu Transit KL, Kota Kinabalu Kini Sudah Ada Direct Flight Ke Korea! Kredit: Twitter @MY_airports

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada malam 24 Jun telah meraikan kedatangan semula pesawat Korea, Busan Air yang beroperasi semula untuk laluan terus ini.

Pesawat tersebut berlepas dari Incheon, Korea dan mendarat di KKIA pada jam 11.10 malam serta disambut dengan pancuran air.

3 pesawat Korea sambung semula operasi ke Kota Kinabalu

Busan Air merupakan pesawat tambang murah kedua yang kembali beroperasi untuk laluan Kota Kinabalu-Incheon selepas Jin Air menjadi pesawat pertama mengembalikan operasi pada 26 Mei yang lalu. Busan Air beroperasi sebanyak 2 kali seminggu untuk laluan ini iaitu pada hari Selasa dan Jumaat.

. Kredit: Twitter @MY_airports

Akan datang, Jeju Air akan menyertai senarai penerbangan terus ke Kota Kinabalu ini dan penerbangan pertama dari Incheon dijangka akan berlepas pada 29 Jun.

Buat masa ini, ketiga-ketiga pesawat ini akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea.

Pelancong Korea adalah pelancong kedua teramai ke Sabah selepas China

Sewaktu pasca pandemik yang lalu, pelancong Korea merupakan pelancong kedua teramai yang melancong ke Sabah selepas pelancong dari China.

Dengan 48 penerbangan terus dari Korea Selatan pada waktu itu, lebih 4 juta rakyat Korea datang ke Sabah sepanjang tahun 2019 untuk menikmati aktiviti laut dan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Pemandangan Kampung Melangkap Kota Belud berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Kredit: @cores_93

Memang padanlah orang Korea suka kan? Cuba tengok tempat ni. Memang tak berkedip mata dibuatnya:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Next Article Peminat Corndog! Jom Cuba Menu Ini Di Kakers Kaffe Kuching Dan Kota Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?