• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Gendang Pampat, Paluan Perang Seru Semangat Pahlawan Iban

Oleh
ILB - AI
12 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Permainan gendang warisan kaum Iban

Kenali Gendang Pampat, Paluan Perang Seru Semangat Pahlawan Iban. Malaysia sememangnya cukup terkenal dengan permainan gendang tradisional.

Jika di pantai timur ada rebana ubi, di pantai barat pula ada paluan kompang. Namun, kedua-dua alat yang disebutkan ini merupakan perkusi tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu.

Tahukah anda, di Sarawak juga terdapat alat perkusi tradisional yang dipanggil gendang pampat dimainkan oleh masyarakat Iban khususnya.

Kenali Gendang Pampat, Paluan Perang Seru Semangat Pahlawan Iban
Kenali Gendang Pampat, Paluan Perang Seru Semangat Pahlawan Iban. Kredit foto: Utusan Sarawak

Sejarah gendang pampat

Gendang pampat ialah seni paluan gendang tradisional etnik Iban yang juga dikenali sebagai ketebong. Ketebong dianggap sebagai alat keramat dan biasanya diperbuat daripada sekeping kayu berbentuk silinder.

Di kawasan Batang Rejang, orang Iban biasanya bermain Gendang Rayah, Gendang Betan, Gendang Pampat dan Gendang Kanto semasa persembahan istiadat atau ‘miring’.

Gendang pampat adalah sebahagian daripada upacara untuk memanggil dewa-dewa purba, terutamanya dalam kalangan orang Iban. Semasa zaman peperangan dahulu, bunyi gendang juga digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan Iban.

Gendang pampat. Kredit foto: mysmedia

Corak bermain gendang pampat

Selalunya gendang pampat akan dimainkan secara berkumpulan, biasanya 4 pemain, dan boleh bertambah sehingga 11 pemain dalam satu masa dengan 11 gendang.

Corak paluan gendang pampat ini menghasilkan bunyi yang harmonik. Sebelum setiap sesi bergendang, satu upacara miring akan diadakan.

Pemain gendang pampat ini akan memakai pakaian tradisional mereka. Bagi pemain lelaki, mereka akan memakai ‘baju burung’ atau ‘baju perang’ dengan perisai (terabai) dan ‘parang ilang’ di pinggang menyerupai pahlawan Iban.

Persembahan gendang pampat. Kredit foto: theborneopost
SUMBER :Borneo Post OnlineCikgu Emmet Menulis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Linxpet Hotel Kuching, 'Hotel' Khas Untuk Kucing Anda Jika Anda Bercuti Luar Linxpet Hotel Kuching, ‘Hotel’ Khas Untuk Kucing Anda Jika Anda Bercuti Luar
Next Article Akibat Cemburu Buta, Lelaki Mabuk Tembak Kemaluan Suami Bekas Isteri Hingga Parah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?