• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keputusan Batu Puteh Mungkin Menghalang Tuntutan Minyak dan Gas Sarawak

Oleh
Farisha
15 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Keputusan Batu Puteh merintangi tuntutan O&G Sarawak, kata bekas menteri

Keputusan Batu Puteh Mungkin Menghalang Tuntutan Minyak dan Gas Sarawak. Keputusan mahkamah antarabangsa yang tidak memihak kepada Malaysia dalam tuntutan Batu Puteh 16 tahun lalu mungkin menjadi kunci dalam menentukan sama ada Sarawak boleh berjaya dalam tuntutannya terhadap sumber minyak dan gas di perairan negeri tersebut.

Bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim, menjelaskan bahawa prinsip “effectivités” yang diguna pakai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam pertikaian antara Malaysia dan Singapura mengenai Batu Puteh mungkin memberi kesan kepada tuntutan Sarawak ke atas sumber yang terdapat di pelantar benua bersebelahan pantainya.

Keputusan Batu Puteh Mungkin Menghalang Tuntutan Minyak dan Gas Sarawak
Sumber foto: AFP. Keputusan Batu Puteh Mungkin Menghalang Tuntutan Minyak dan Gas Sarawak

“Effectivités” merujuk kepada pelaksanaan kuasa sebenar, biasanya dalam bentuk pentadbiran atau kawalan ke atas sesuatu wilayah, berbanding dengan hanya membuat tuntutan undang-undang terhadapnya.

Zaid menyatakan bahawa walaupun Batu Puteh pada asalnya milik Kesultanan Johor, Singapura telah melakukan pelbagai tindakan di pulau tersebut, termasuk membina Rumah Api Horsburgh pada tahun 1851 dan menjalankan rondaan laut di kawasan tersebut sejak itu. Malaysia pula tidak membantah atau mengambil sebarang tindakan untuk menuntut kedaulatannya.

Tafsiran persetujuan tersirat Sarawak

Dalam kes Sarawak, mahkamah mungkin mentafsirkan pelbagai tindakan yang diambil oleh negeri itu sebagai persetujuan sebenar atau sekurang-kurangnya persetujuan tersirat terhadap Petronas yang mengambil alih pemilikan dan kawalan semua sumber minyak dan gas di darat dan luar pesisir.

Sarawak tidak mempertikaikan kesahan Akta Pelantar Benua 1966 atau Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) untuk tempoh yang lama. Malah, Rahman Ya’kub, bekas Ketua Menteri Sarawak, dikatakan terlibat dalam rundingan yang membawa kepada penggubalan PDA.

Menurut laporan media tempatan, Sarawak juga telah menandatangani perjanjian royalti dan menerima pembayaran selama 50 tahun. Ini adalah perkara-perkara yang berkemungkinan akan dipertimbangkan sekiranya ada cabaran mahkamah.

Sebelum ini, Sarawak tuntut semua sumber minyak dan gas di pelatar benua

Baru-baru ini, Sarawak telah menuntut semua sumber minyak dan gas di pelantar benua di luar pantainya, merujuk kepada perintah kolonial yang dikeluarkan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1954. Kerajaan negeri juga mahu syarikat minyak milik negeri, Petroleum Sarawak (Petros), mengambil alih daripada Petronas sebagai pengagregat gas negeri.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, menyatakan kesediaannya untuk ke mahkamah jika mana-mana pihak tidak menghormati hak Petros sebagai pengagregat gas tunggal di negeri itu. Petronas dan Sarawak kini sedang dalam rundingan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai minyak dan gas Sarawak:

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang
Premier Namakan Semula Pelabuhan Bintulu Ke Pangkalan Bekalan Minyak Dan Gas Borneo
SUMBER :FMT
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Indonesia Pulangkan ART China Setelah Gagal Beroperasi Di IKN Nusantara Indonesia Pulangkan ART China Setelah Gagal Beroperasi Di IKN Nusantara
Next Article Langgar Peraturan Di Pulau Sipadan, Usahawan Popular Ini Dikenakan Denda RM3K Langgar Peraturan Di Pulau Sipadan, Usahawan Popular Ini Dikenakan Denda RM3K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?