• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu

Oleh
ILB - AI
17 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Andi Bernadee terpaksa berhenti nyanyi, dah kenapa?

Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu. Donde donde donde. Siapa je yang tak hafal lagu mamat Donde ni kan. Lagu yang berentak catchy dan mudah diingati ini sememangnya menjadi siulan bukan sahaja peminatnya malah semua orang.

Andi Bernadee penyanyi muda berasal dari Sabah ini telah datang ke Bintulu sempena sambutan Hari Malaysia dan membuat persembahan untuk mengisi acara sambutan pada hari tersebut. Namun, sedang rancak beliau mempersembahkan nyanyian beliau, beliau terpaksa menghentikan nyanyian beliau di acara di Bintulu tersebut. Apa yang sudah terjadi? Dah kenapa pulak?

Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu
Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu. Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS

Peminat rindu, menyerang sampai naik pentas

Andi berbuat sedemikian sehingga memanggil pengawal kerana peminat telah menyerang sehingga naik ke atas pentas. Namun, bagi Andi bukan itu yang dipermasalahkan tetapi beliau lebih memikirkan keselamatan peminat beliau. Menurut Andi, kali terakhir beliau bersemuka dengan peminat beliau di Bintulu pada tahun 2019. Jadi, beliau memahami mungkin peminat beliau teruja dan rindu selepas 2 tahun tidak bersua dengan penyanyi kegemaran mereka.

Difahamkan, kawasan pentas yang diserang peminat yang rindukan Andi tersebut ada api di bahagian hadapan pentas. Jika peminat menyerang secara serentak dalam jumlah yang banyak mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada mereka sendiri. Hal ini yang tidak diingini oleh Andi jika berlaku. Kelak jadi kecederaan maka timbul isu viral yang lain pulak, kan.

https://vt.tiktok.com/ZSRu5XYX2/

Tanggapan netizen, memahami, mengecam, itu biasa

Tindakan Andi yang menghentikan nyanyian beliau sehingga memanggil pengawal tersebut menerima pelbagai tanggapan daripada netizen di sosial media. Ada yang memahami, ada yang mengecam Andi mengalahkan artis antarabangsa malah ada juga yang mengecam para peminat. Itu kan perkara biasa.

Bagi mereka yang memahami, mereka sangat kagum dengan cara Andi memikirkan keselamatan peminat beliau dan dengan cara pertuturan Andi yang sopan, teratur dan jelas agar tidak menjadi salah faham. Namun, yang mengecam pun tidak kalah hebat.

Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu
Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu. Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS

Tidak kurang juga ada mengecam kerana merasa malu dengan tindakan peminat sehingga menyerang sedemikian rupa. Walaupun begitu, para peminat sangat memahami dan mengikut arahan dimana mereka berundur dari kawasan larangan tersebut.

Kalau artis dengan peminat ini, tiada isu-isu sebegini memang tak sahkan. Tapi, ini adalah asam garam hidup sebagai seorang penghibur. Ada sahaja tingkah yang kita lakukan dan diperhatikan. Malah, respon selepas itu pun berbeza-beza.

Selepas 2 tahun kita hidup dengan pandemik, tahun ini pelbagai aktiviti diadakan untuk sambutan Hari Malaysia dan banyak yang dilakukan untuk menjayakannya:

Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Angkat Muzik Tradisional Sarawak
Dua Laluan Di Bintulu Bakal Ditutup Untuk Sambutan Hari Malaysia
SUMBER :FB Bilik Benita CATSTikTok @andi bernadee
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu Kerajaan Mahu ‘Sibu Jaya Water Fiesta’ Jadi Acara Tahunan Di Sibu
Next Article Insiden Kapal Karam Di Beladin, Empat Selamat Dan Seorang Masih Hilang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?