I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Oleh Nur Afifah 14 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Kini ada panduan yang lebih jelas sekiranya anda menghadapi gangguan seksual di tempat kerja.

Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Kejadian gangguan seksual seolah-olah menjadi barah dalam persekitaran tempat kerja di Malaysia. Namun, bagi penjawat awam di Sarawak pula, mereka kini boleh berlaku lebih tegas apabila menghadapi gangguan seksual di tempat kerja mereka.

Kerajaan Sarawak menerusi Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak telah mengeluarkan satu pekeliling baharu tentang pengendalian gangguan seksual di tempat kerja pada 13 September 2022.

Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Gambar hiasan.

Dalam pekeliling tersebut, perlakuan gangguan seksual di tempat kerja dalam Perkhidmatan Awam Negeri ditafsirkan seperti berikut;

1. Gangguan secara lisan

Menggunakan bahasa lucah seperti berjenaka, perbualan, bercerita, panggilan manja, komen, pujian, ugutan, meminta untuk melakukan hubungan seksual atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, rupa, pakaian, tingkah laku, tubuh badan, atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina, malu atau terugut untuk berurusan dengan Penjawat Awam berkenaan.

Contohnya, pegawai yang disyaki mengganggu sering memuji mangsa dengan menyatakan mangsa mempunyai tubuh badan yang cantik dan mengaku bahawa dia tergoda.

2. Gangguan secara isyarat (bukan lisan)

Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan penjawat awam yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjelir lidah, mengenyit mata, menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat yang lain.

Contohnya, pegawai yang disyaki mengganggu akan sentiasa memandang mangsa sehinggakan mangsa berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut.

3. Gangguan secara visual

Perlakuan yang menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog atau platform media sosial seperti aplikasi Facebook; Whatsapp,Twitter atau apa-apa aplikasi yang membolehkan bahan-bahan dipindahkan ke paparan umum dan terbuka atau melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

Contohnya pegawai yang disyaki mengganggu menghantar mesej-mesej, video-video atau pun gambarnya sendiri yang berunsur lucah ke telefon pintar mangsa sehingga menyebabkan mangsa berasa tidak selamat dan terganggu.

4. Gangguan secara fizikal

Gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium, menjilat, menggesel, menghembus/ meniup nafas, atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Gangguan fizikal boleh berlaku secara sedar, contohnya pegawai yang disyaki mengganggu (PYDM) merangkul, memegang, menampar atau meraba mangsa dengan sengaja.

Gangguan fizikal juga boleh berlaku secara tidak sedar, contohnya pegawai yang disyaki mengganggu dalam keadaan bergurau t elah menampar dan/atau mencubit mangsa. Mangsa mungkin tidak sedar dan menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata. Pegawai yang disyaki mengganggu akan berasa puas dan ingin menyentuh di bahagian lain pula sekiranya perbuatannya tidak di tegah.

Sumber: ecircular.sarawak.gov.my

Tindakan yang boleh diambil oleh mangsa atau pengadu

Jika anda merupakan penjawat awam Sarawak yang sering diganggu sebegini, anda boleh memilih untuk membuat aduan dengan mengikut proses yang dinyatakan, mengumpul bukti, dan membuat laporan polis atau SPRM.

Pegawai atau pihak yang mengendalikan kes gangguan seksual juga turut diberikan panduan pengendalian sekiranya menerima aduan daripada penjawat awam.

Proses tindakan pengadu gangguan seksual

Selain itu, pekeliling itu turut memberi panduan carta alir proses tindakan yang boleh diambil oleh pengadu serta tindakan yang boleh dilakukan oleh kementerian yang memiliki pegawai tadbir (psikologi).

Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Sumber: ecircular.sarawak.gov.my
Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Sumber: ecircular.sarawak.gov.my

Ini pastinya satu berita gembira buat penjawat awam di Sarawak di mana perbuatan gangguan seksual ini boleh menyumbang kepada kerja yang tidak produktif, gangguan emosi dan fizikal serta banyak lagi masalah sosial yang lebih parah.

Anda boleh membaca garis panduan penuh dengan menekan butang berikut;

GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Sebelum ini, kami pernah menerbitkan artikel tentang gangguan seksual

SUMBER : ecircular.sarawak.gov.my
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching
Next Article Kedai Milik Anak Serian Ini Jual Kek Lapis Sarawak Di Cameron Highland

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?