• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo

Oleh
ILB - AI
9 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo

Adakah harimau ini pernah wujud atau hanya sekadar mitos?

Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo. Dalam mana-mana mitos pribumi Borneo, salah satu haiwan yang selalu ada adalah harimau.

Terdapat beberapa harta pusaka yang didakwa mempunyai hiasan diperbuat dari taring harimau, tambahan pula kita mempunyai banyak ilustrasi haiwan ini, malah terdapat juga terjemahan tempatan untuk harimau.

Tetapi menurut dakwaan pakar-pakar, tiada prehistoric evidence mengenai kewujudan harimau di pulau Borneo.

Jadi, mengapa kita mempunyai haiwan ini dalam mitos-mitos dan adakah taring harimau yang diturunkan secara turun-temurun adalah betul-betul taring harimau?

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo

Dipercayai salah satu spesies harimau pupus

Menurut penyelidikan zaman prasejarah di Borneo, harimau borneo dipercayai telah hidup di pulau Borneo pada zaman prasejarah.

Walaupun harimau ini tidak direkod secara konsisten, kewujudan nya dipercayai oleh pribumi pulau Borneo.

Seorang warga Kalimantan, Iber Djamal, mendakwa taring yang menghiaskan mandau nya adalah taring harimau. Pusaka ini diturunkan secara turun temurun di dalam keluarga beliau. Kredit: Jemmie Delvian

Penemuan taring harimau di Sarawak dan Sabah

Penggalian arkeologi di Sarawak dan Sabah menghasilkan taring canine serta beberapa tulang yang dikenal pasti berasal dari seekor harimau. Ini mencadangkan bahawa harimau itu telah wujud di Borneo semasa akhir zaman Pleistocene dan awal zaman Holocene.

Serpihan tulang juga ditemui di pulau Palawan di Filipina. Para arkeologi beranggap tidak mungkin serpihan ini didagangkan di antara kawasan yang berbeza semasa zaman Pleistocene.

Pribumi Borneo menyimpan memori tentang harimau ini dalam budaya mereka dengan menyimpan bahagian-bahagian harimau ini sebagai pusaka.

Oleh itu, ia telah mencadangkan bahawa harimau Borneo wujud lebih lama daripada zaman prasejarah.

Ukiran kayu harimau (Borneo Ngaju Dayak Tiger Karuhau Wood Carving), dibuat pada abad ke-19. Kredit: WorthPoint

Bagaimana penemuan ini berkaitan dengan satu sama lain?

Pulau Borneo mungkin telah dihubungkan ke pulau Palawan semasa tempoh glasier terakhir dan sebelumnya. Beberapa penemuan tulang di Palawan mempunyai persamaan dengan tulang harimau yang masih ada di Semenanjung dan India. Selain itu, penemuan alat diperbuat dari batu mencadangkan manusia pada zaman prasejarah telah mengumpul tulang harimau.

Sehubungan dengan itu, bahagian anggota badan harimau diguna sebagai amulet di Selatan dan Selatan Timur Asia jadi kemungkinan bahagian anggota badan harimau ini diimport dari tempat lain.

Satu lagi teori adalah pulau Borneo dan pulau Palawan yang berjarak dekat pada pertengahan zaman Pleistocene mencadangkan harimau ini telah menjajah Palawan dari Borneo 420,000 – 620,000 tahun dahulu, di mana pada masa ini paras laut berada pada tahap terendah.

Dengan mempertimbangkan harimau ini pandai berenang, ia berkemungkinan haiwan ini telah menyeberang Selat Balabac apabila jarak pulau Borneo dan Palawan lebih dekat berbanding dengan sekarang, semasa pertengahan dan akhir Pleistocene.

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Lukisan harimau zaman Pleistocene. Kredit: Pinterest

Apabila selat ini mula meluas, ia turut mengasingkan harimau Palawan dan menyempitkan kawasan mereka. Tambahan lagi dengan perubahan alam semulajadi beserta dengan perubahan iklim, sumber makanan harimau mulai menurun dan selain diburu oleh manusia, turut menyebabkan harimau ini menjadi pupus.

Sehingga kini, tiada bukti wujudnya harimau ini masih hidup di Palawan melebihi 12,000 tahun yang lalu.

Ciri-ciri harimau

Ia telah dianggap bahawa harimau Borneo mungkin agak kecil dalam saiz, sama seperti harimau Sumatera.

Menurut pribumi Borneo, harimau ini lebih besar dari clouded leopard, dan kebanyakan berwarna coklat dengan stripe pudar. Ia juga dipercayai tidak memanjat pokok.

Tidak seperti clouded leopard, harimau Borneo dipercayai tidak memanjat pokok. Kredit: Pinterest

Mitos atau kebenaran?

Apa-apa pun pendapat anda mengenai kewujudan harimau ini, memang ternyata haiwan ini adalah salah satu haiwan yang mempunyai tempatnya dalam mana-mana mitos pribumi Borneo.

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Tapatalk

Lagi di sini:

Kenali Suku Kaum Kejaman Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak
Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Teruskan Pemberian Subsidi Ayam, Telur Hingga Disember Ini
Next Article PM Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran 'Datuk Patinggi' Dari TYT Sarawak PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?