fbpx
Cerita Borneo

Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, ‘Extraction’

Malaysia Boleh!

Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, ‘Extraction’. Sekiranya anda pernah menonton filem popular terbaharu di Netflix iaitu Extraction, pasti anda macam kenal kereta yang digunakan dalam filem tersebut. Mana tidaknya, jika dilihat sekali imbas, nampak macam kereta buatan Malaysia. Ini kan filem Hollywood. Penggambaran pun dibuat di India dan Bangladesh, takkan lah ada kereta Malaysia pula.

Sesungguhnya apa yang anda lihat itu benar. Ya, kereta yang digunakan dalam filem tersebut adalah kereta jenama Malaysia iaitu Proton. Wah!

Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan penonton Malaysia berasa bangga dan terharu. Awh!

Tetapi, bagaimana pula kereta Proton ini boleh muncul dalam filem tersebut? Adakah ia disengaja atau tidak disengajakan?

Kereta Proton Memang Banyak Digunakan Di Bangladesh dan India

Berdasarkan sumber SoyaCincau.com, pengarah filem tersebut, Sam Hargrave, memberi respon berkenaan kemunculan kereta Proton di dalam filem tersebut. Ketika sesi tinjauan di Dhaka, Bangladesh, serta seluruh India, mereka mendapati bahawa terdapat banyak kereta Proton yang digunakan oleh orang awam. Malah, pihak polis di Dhaka juga menggunakan kereta jenama Proton sebagai kereta peronda polis.

Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, 'Extraction'
Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, ‘Extraction’
Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, 'Extraction'
Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, 'Extraction'

Maka, pihaknya memutuskan untuk menggunakan jenama kereta yang sama sepanjang penggambaran bagi mendapatkan ‘feel’. Jelas Sam lagi, pihaknya mahu filem tersebut nampak nyata dan menggambarkan situasi yang tepat seperti di Dhaka dan India.

Bangladesh Ada Sebuah Kilang Proton

Kehadiran kereta jenama Proton yang banyak di rantau tersebut juga adalah disebabkan Bangladesh mempunyai sebuah kilang pemasangan kereta Proton iaitu PHP Automobiles. Kilang ini memasang lima jenis kereta Proton iaitu Proton Saga, Proton Preve, Proton Exora, Proton X70, dan Proton Persona.

Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, 'Extraction'

Malah, bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir bersungguh-sungguh mahu syarikat ini melibatkan diri dalam perniagaan automobil. Beliau juga pernah mengundang syarikat ini untuk melawat kilang Proton di Malaysia.

Filem ‘Extraction’ yang dibintangi oleh Chris Hemsworth ini mengisahkan tentang seorang tentera upahan yang ditugaskan untuk menyelamatkan anak seorang raja dadah yang diculik. Filem Hollywood karya Russo bersaudara ini mendapat rating 6.8 bintang di iMDB dan 68% di Rotten Tomatoes.

Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, 'Extraction'

Jika anda ingin melihat bagaimana kereta Proton beraksi bersama Chris Hemsworth, saksikan sekarang di Netflix anda.

Filem Hollywood tentang Sarawak, ‘Rajah’ juga dibintangi oleh anak Sarawak. Kenali mereka menerusi artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button