Gara-gara bertengkar sehingga membawa maut
Lelaki Maut Ditikam Anak Saudara Di Kampung Haji Baki. Seorang lelaki berusia 55 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman di dadanya di Kampung Haji Baki malam tadi.
Menurut laporan daripada media tempatan The Borneo Post, si mati dipercayai telah bertengkar dengan anak saudaranya yang kemudian berlarutan sehingga membawa maut.
Ketua Polis Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun untuk membantu siasatan.
“Suspek dan mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan. Mangsa ditikam di dada dengan objek tajam,” katanya.
Suspek dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian selepas insiden tersebut. Namun, suspek telah ditangkap pun ditangkap di kampung Haji Baki sekitar jam 8.30 malam.
Suspek dijangka akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
