fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka

Kedung BK Oleh Kedung BK
26 Oktober 2020
Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kini hanya menjadi memori

Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka. Dalam perniagaan, ia adalah penting untuk sentiasa alert dengan trend agar perniagaan yang diusahakan kekal relevan. Jika gagal mengikuti kehendak pelanggan, masa depan perniagaan memang akan terjejas.

Berikut adalah 3 jenama yang pernah menjadi peneraju dalam bidang masing-masing tetapi kini menjadi bayangan jenama lain kerana gagal mengambil peluang keemasan yang akan menjadikan mereka jenama terbesar di dunia hari ini.

ADVERTISEMENT
Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka

Kodak: Lambat bertindak walaupun sudah mempunyai paten kamera digital

Untuk pengetahuan anda, Kodak mempatenkan kamera digital pertama seawal tahun 1978! Teknologi ini menggunakan kaset magnetik yang dapat menyimpan gambar hingga 100kb.

Kamera digital Kodak yang dipatenkan pada 1978. Kredit: DPReview

Namun, Kodak menjana lebih banyak untung dari filem selama bertahun-tahun dan tidak memperdulikan teknologi baharu mereka, tanpa menyedari potensi teknologi itu.

ArtikelBerkaitan

Kajian Dari UK Menunjukkan Bahawa Vaksin COVID-19 Telah Mengurangkan Hospitalisasi Dan Kematian

Belum Reda COVID19, Kini H5N8 Pula Dikesan Menjangkiti Manusia Di Russia

ADVERTISEMENT

Walaupun ia sudah jelas bahawa trend semakin bertukar ke arah kamera digital, Kodak masih mengeluarkan kamera analog. Apabila mereka memasuki trend kamera digital, mereka menjual kamera mereka dengan kerugian dan gagal menjana keuntungan, menyebabkan mereka lebih rendah daripada pesaing mereka.

Kodak masih mengeluarkan kamera analog yang menggunakan filem walaupun pesaing sudah mula mengeluarkan kamera digital. Kredit: Carousell

Dalam istilah perniagaan, mereka telah gagal menyedari dan bertindak balas kepada trend.

ADVERTISEMENT

Excite: Ditawarkan Google dengan harga kurang dari USD1 juta tetapi menolaknya

Pada 1999, excite.com adalah enjin carian (search engine) kedua terbesar selepas Yahoo. Pada masa itu, Google tidak terkenal kerana ia masih merupakan enjin carian yang agak baru berbanding dengan enjin carian yang ada ketika itu.

excite.com merupakan enjin carian kedua terbesar selepas Yahoo di puncak mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google pada masa itu, Larry Page, menawarkan syarikatnya kepada CEO Excite George Bell dengan harga USD750,000. Menurut George Bell, perjanjian itu hanya 1% daripada nilai Excite dan hampir bersetuju dengan deal itu.

CEO Google, Larry Page, cuba menjual Google kepada Excite dengan nilai USD750k.

Namun, permintaan dari Larry yang meminta semua enjin carian Excite menggunakan enjin carian Google menyebabkan perjanjian itu ditolak. Menurut George, permintaan ini telah melampaui batas.

Excite kemudian dibeli oleh Ask Jeeves (kini ask.com) pada 2004. Pada masa itu, syarikat Ask hanya mempunyai 2% bahagian pasaran.

Kini, Alphabet Inc. iaitu syarikat induk Google, mempunyai pendapatan sebanyak USD161.9 bilion (pada 2019) dan Google mempunyai nilai sebanyak USD1 trilion, lebih daripada 200 kali nilai yang pada mulanya ditawarkan kepada Exite!

Google kini mempunyai aset bernilai USD1 trilion.

Semua kerana ego, sebuah syarikat gagal menyedari potensi pendatang baru (iaitu Google).

Xerox: Menyerahkan penemuan terhebat dalam sejarah komputer kepada Apple

Xerox biasanya dikenali sebagai syarikat percetakan hari ini. Tetapi tahukah anda syarikat ini merupakan syarikat pertama yang mencipta komputer moden?

Siapa sangka syarikat percetakan adalah pengasas komputer moden?

Bayangkan mencipta teknologi yang begitu revolusioner tetapi memilih untuk menyerahkannya kepada syarikat lain kerana anda tidak faham bagaimana ia berfungsi. Ini yang telah berlaku dengan ciptaan ‘Xerox Alto’.

Komputer moden pertama, Xerox Alto. Kredit: Ars Technics

Xerox Alto merupakan sebuah komputer eksperimen dicipta di Pusat Penyelidikan Xerox pada 1973. Komputer ini adalah komputer desktop moden pertama, siap lengkap dengan tetikus dan mampu salin dan padam fail serta mempunyai ikon, menu, grafik dan rangkaian kawasan setempat yang dapat menghubungkan komputer bersama-sama. Really way ahead of its time!

Tak seperti komputer lain pada zaman itu, Xerox Alto berfungsi lebih kurang sama seperti komputer moden yang kita kenali hari ini. Kredit: UX Collective

Beribu-ribu komputer ini dibina tetapi tidak pernah dijual. Sebaliknya, ia banyak digunakan di pusat penyelidikan syarikat dan di universiti. Pihak atasan Xerox tidak memahami teknologi tersebut secara mendalam dan gagal melihat potensi komputer itu. However, one man did.

Xerox mahukan teknologi baru ini lebih murah seperti komputer yang ada pada masa itu. Mereka melihat bahawa syarikat lain, iaitu Apple, dapat membuat Apple II mereka dengan harga yang murah dan mengupah Steve Jobs dan pasukannya ke pusat penyelidikan untuk melihat bagaimana mereka dapat membantu dalam mengurangkan kos pengeluaran.

Steve Jobs dan Apple II, iaitu sebuah komputer tetapi bukan setaraf kemajuan seperti Xerox Alto. Kredit: Computer History Museum

Deal itu menyebabkan Xerox memperoleh satu juta saham dalam stok Apple tetapi ini juga menghasilkan pertukaran di mana Steve Jobs mendapat maklumat dari dalam mengenai apa yang berlaku di pusat penyelidikan Xerox.

Menurut saintis pusat penyelidikan Xerox dan salah seorang saksi semasa perjanjian itu berlaku, Larry Lester, pada 2011, beliau berkata,

“Semasa demo itu, Steve (Jobs) menjadi sangat teruja. Dia berjalan di sekitar bilik dan kadang kala melihat ke arah skrin (komputer) itu. Pada satu ketika dia mengatakan kami tidak menunjukkan semuanya kepada mereka. Setelah beberapa panggilan dibuat, kami menunjukkan lebih banyak.”

Beliau juga mengatakan bahawa Steve Jobs begitu terpesona dengan teknologi mereka.

“Ia sehingga Steve mengatakan “Apa sedang berlaku di sini? Anda semua sedang duduk di atas lombong emas! Mengapa anda semua tak melakukan sesuatu dengan teknologi ini? Anda mampu mengubah dunia!” Rakan-rakan Steve cuba menenangkan dia tetapi dia tahu bahawa kami tidak tahu di mana kami dapat pergi dengan teknologi ini,” katanya lagi.

Walaupun mereka hanya menunjukkan 1% teknologi itu kepada pasukan Steve Jobs, ia cukup untuk mereka untuk mendapat inspirasi dari konsep tersebut. Dari segi tetikus, graphical user interface, dan sebagainya. Menurut Larry lagi, tujuh bulan setelah mesyuarat itu, beliau menjadi salah seorang kakitangan Apple.

Larry Lester, bekas saintis di pusat penyelidik Xerox, kemudian menjadi salah satu kakitangan Apple. Beliau juga pencipta fungsi copy-and-paste yang kita kenali hari ini. Kredit: 9to5Mac

Berhubung dengan mesyuarat itu, Steve Jobs mengatakan,

“Dalam masa 10 minit, saya sudah tahu bahawa semua komputer akan berfungsi seperti teknologi itu. Mereka (Xerox) tidak tahu apa yang boleh dilakukan oleh komputer. Mereka memutuskan untuk memperoleh kekalahan dalam kemenangan terbesar dalam sejarah komputer. Xerox mampu menjadi syarikat terbesar dalam industri komputer hari ini sekiranya mereka tidak memilih untuk menyerah kekalahan.”

Idea Xerox Alto akan mempengaruhi Apple Lisa, di mana mereka menggunakan teknologi Macintosh yang kemudian mempengaruhi penciptaan Microsoft Windows. Kedua-dua teknologi ini kemudian menjadi moyang bagaimana kita menggunakan teknologi kita hari ini. Malangnya, Xerox tidak pernah diberi penghargaan untuk ini.

Kedua-dua sistem operasi komputer terbesar di dunia diinspirasi oleh idea Xerox Alto.

Kesalahan terbesar yang dilakukan Xerox adalah dengan memberikan kemenangan terbesar mereka kepada pesaing.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy