• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4

Oleh
Farisha
2 Disember 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Butang dalam lif terus skip dari tingkat 3 ke tingkat 5, nombor 4 dielakkan

Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4. Jika anda perasan, dimana-mana bangunan bertingkat yang dimiliki oleh bangsa Cina tiadanya butang nombor 4 dalam lif. Disebaliknya, nombor tersebut akan diganti oleh ‘3A’ atau nombor seterusnya. Sebagai contoh, nombor seperti 1,2,3,5,6 dan seterusnya.

Kepercayaan yang paling biasa berlaku di negara-negara Timur Barat dan Asia Tenggara, terutamanya negara-negara yang mempunyai populasi bangsa Cina yang besar seperti Malaysia, Singapura, Jepun, Taiwan, China, Korea dan Vietnam.

Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4
Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4

Digelar ‘Tetraphobia’

Ketakutan terhadap nombor 4 digelar Tetraphobia, bermaksud ’empat’ dan ‘fobia’ dalam bahasa Yunani kuno. Tetraphobia merupakan amalan mengelakkan angka empat.

Difahamkan, perhatian khusus akan diambil untuk mengelakkan kejadian atau peringatan nombor 4 semasa kehidupan seharian, terutamanya semasa cuti perayaan atau ketika salah seorang ahli keluarga sakit. Malah, menyebut nombor 4 ketika berada dengan saudara yang sakit harus dielakkan.

Malah, ia juga tidak digalakkan untuk memberi empat daripada sesuatu dan jika boleh, tarikh 4 April dielakkan untuk melakukan aktiviti kerana tarikh itu dipercayai tarikh yang malang (seperti Friday the 13th dipercayai sebagai tarikh malang di negara Barat).

Bukan sahaja nombor 4 dielakkan, begitu juga dengan angka 14, 24, 42 dan seterusnya. Hal ini kerana adanya angka 4 dalam nombor terbabit. Oleh itu, mana-mana bangunan bertingkat seperti hospital, hotel, pejabat dan pangsapuri tidak mempunyai nombor yang ada angka 4 di butang lif. Selain itu, kebanyakan kompleks kediaman tidak akan gunakan nombor 4, 14, 24, 42, dan lain-lain. Bagi nombor blok bangunan pula, disebaliknya akan diganti dengan angka dan huruf seperti 3A, 13A, dan 23A.

Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4
Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4

Kepercayaan ini sangat dipercayai sehingga ia boleh menentukan harga harta tanah. Hasil tinjauan nombor empat yang digantikan dengan nombor lain dari perumahan dan jalan telah menunjukkan kawasan tersebut mendatangkan untung dan bangunan yang mempunyai angka empat pula mengalami penurunan harga. Ini membuktikan harta yang mempunyai nombor 4 tidak bernasib baik dan akan mengalami kerugian besar, tetapi dengan membuang nombor itu ia akan mengakibatkan hasil yang bermanfaat.

Bahkan, perlu dielakkan digunakan dalam nombor telefon, kad perniagaan, alamat, nombor kad pengenalan

Selain itu, nombor empat dihindari dalam nombor telefon, kad perniagaan, alamat, nombor kad pengenalan dan sebagainya kerana ia dianggap tidak bagus sebab ia dilampirkan secara peribadi kepada orang tersebut.

Tetraphobia jauh melebihi triskaidekaphobia (kepercayaan karut Barat mengenai angka 13). Bahkan meresap dunia perniagaan di Timur Barat dan Asia Tenggara.

Jadi, Kenapa Angka 4 Sangat Ditakuti Oleh Masyarakat Cina?

Sekiranya anda pandai berbahasa Cina, anda tentu tahu kenapa. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu kenapa nombor ini sentiasa dielak, hal ini kerana sebutan nombor 4 sinonim dengan perkataan ‘kematian’ dalam bahasa Cina dan dipercayai membawa musibah sekiranya nombor tersebut digunakan.

Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4
Ketahui Tetraphobia, Kepercayaan Takut Terhadap Nombor 4

Untuk menjelaskan lebih lanjut, ketika dituturkan dalam bahasa Mandarin, angka 4, si, mirip dengan kata “kematian”. Ia juga serupa dengan dialek Cina lain seperti Hokkien dan Kantonis. Selanjutnya, dalam budaya Cina tempatan, angka malang adalah 14, kerana dalam bahasa Kantonis terdengar seperti “mesti / akan mati.”

Oleh itu, kepercayaan karut ini sehingga mempengaruhi semua bidang kehidupan yang kita hadapi seperti meja yang berlabel nombor 4 akan sengaja ditinggalkan semasa majlis makan malam perkahwinan dan perjumpaan sosial yang lain.

Kebanyakan generasi Cina baharu tidak lagi pegangkan kepercayaan ini dengan ketat kerana kebanyakan daripada mereka masih go ahead gunakan nombor empat dalam penggunaan harian mereka seperti nombor telefon bimbit, nombor plat kereta dan sebagainya. Namun, mereka masih mengiktirafnya sebagai salah satu kepercayaan yang telah diturunkan kepada mereka dari nenek moyang mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan masyarakat Cina:

Ketahui Hungry Ghost Festival, Tradisi Unik ‘Jamu’ Roh Si Mati Oleh Masyarakat Cina Yang Menyeramkan
Mitos Perayaan ‘Mooncake’, Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siap Ada Skybar, Nikmati Pengalaman Unik Bermalam Di Impiana Hotel By Roxy Kuching
Next Article Tangani Masalah Kes Pembuangan Bayi, BMC Sediakan Peti Perlindungan Bayi Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?