• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Mitos Perayaan ‘Mooncake’, Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina

Oleh
Aina Musa
23 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Mitos Perayaan 'Mooncake', Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina

Disebalik perayaan kuih bulan

Mitos Perayaan ‘Mooncake’, Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina. Perayaan Kuih Bulan atau Mid-Autumn Festival diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 mengikut kalendar Cina, yang jatuh antara akhir Ogos hingga akhir September sebagai tanda penghargaan kepada petani yang telah berusaha keras dalam penuaian.

Dikatakan perayaan Kuih Bulan ini telah bermula sejak lebih 3000 tahun yang lalu pada Dinasti Zhou.

Mitos Perayaan 'Mooncake', Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina
Mitos Perayaan ‘Mooncake’, Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina. Kredit: Google

Pada masa tersebut, kebanyakan maharaja akan menyembah bulan semasa musim menuai kerana mereka percaya amalan tersebut akan menghasilkan tuaian yang subur pada tahun berikutnya.

Namun, pada suatu hari, zaman tersebut dilanda cuaca panas sehingga menyebabkan segala tanaman rosak dan banyak nyawa terkorban.

Difahamkan, bumi ketika itu mempunyai 10 matahari.

Mitos Perayaan 'Mooncake', Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina

Hingga suatu hari, seorang pemanah handal, Hou Yi, berjaya menembak jatuh sembilan matahari dengan panahnya dan menyelamatkan bumi, yang mana kejadian ini menjadikan ramai orang berkeinginan untuk belajar memanah daripadanya.

Hou Yi telah dianugerahkan ubat yang membolehkannya untuk hidup selamanya oleh Permaisuri Langit, Wang Muniangniang. Pil tersebut akan mengubah seseorang yang memakannya menjadi dewa atau dewi di syurga.

Kerana kasihnya yang mendalam terhadap isterinya, Chang’e, Hou Yi memutuskan untuk tidak mengambil pil tersebut dan menyimpannya di rumah.

Mitos Perayaan 'Mooncake', Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina

Namun, Pang Meng, salah seorang murid Hou Yi, mengetahui mengenai pil tersebut dan berniat untuk mencurinya ketika Hou Yi tidak berada di rumah.

Oleh itu, pada hari ke-15 bulan ke-8 menurut kalendar Cina, Hou Yi pergi berburu, dan Pang Meng mengambil kesempatan ini untuk menceroboh rumah Hou Yi, memaksa Chang’e untuk menyerahkan pil tersebut.

Chang’e enggan menyerahkan ubat tersebut kepada Pang Meng dan memilih untuk memakannya, yang menjadikan dia terbang ke bulan dan menjadi dewi bulan.

Mitos Perayaan 'Mooncake', Kisah Hou Yi Si Pemanah Bulan Dalam Masyarakat Cina

Sewaktu Hou Yi pulang dan mengetahui kejadian ini, dia sangat sedih. Malam itu, bulan begitu terang dan bulat sehingga Hou Yi dapat melihat bayangan Chang’e dengan jelas. Sejak itu, Hou Yi sering berdoa dan menawarkan makanan kegemaran Chang’e ke bulan.

Orang ramai mula bersimpati dengan nasib Chang’e dan bersama-sama berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, untuk tuah dan kesejahteraan hidup mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Ketahui Hungry Ghost Festival, Tradisi Unik ‘Jamu’ Roh Si Mati Oleh Masyarakat Cina Yang Menyeramkan
Ini Sejarah Gelap Gua Hantu Di Bau, Gua Yang Ditakuti Oleh Penduduk Tempatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer
Next Article Demi 'Gift' Tiktok, Bayi 2 Bulan Dipaksa Makan Bubur Segera Oleh Pengasuh Demi ‘Gift’ Tiktok, Bayi 2 Bulan Dipaksa Makan Bubur Segera Oleh Pengasuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?