• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang ‘Hilang’ Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
22 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang 'Hilang' Di Sarawak

Tahu tak nama bandar Miri diambil sempena etnik ini

Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang ‘Hilang’ Di Sarawak. Mungkin ramai yang diluar sana tidak pernah mendengar nama kaum Miriek namun hakikatnya mereka itu ada di Sarawak iaitu nun di bumi Miri, lokasi dimana banyak penempatan mereka berada. Malah jika diikutkan betapa istimewanya kaum ini, nama Miri itu sendiri diambil bersempena dengan nama kaum ini.

Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang 'Hilang' Di Sarawak
Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang ‘Hilang’ Di Sarawak. Kredit foto: Borneo post

Ini kerana merekalah pembuka asal Miri itu sendiri iaitu apabila mereka mula berhijrah ke lembah sungai-sungai di Miri seperti di Sungai Miri. Dan sebelum kita cuba mendalami perjuangan mereka yang mahukan kaum mereka diangkat sebagai salah satu pembentuk kepelbagaian kaum di Sarawak.

Asal usul etnik Miriek

Mengikut sejarah asal, kaum Miriek merupakan satu kumpulan masyarakat yang berhijrah daripada satu penempatan nenek moyang mereka iaitu Apo Kayan beratus-ratus tahun dahulu. Ketika di Apo Kayan, mereka adalah satu kelompok masyarakat yang cintakan kedamaian dan dek kerana itu mereka langsung tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah.

Kerana dianggap lemah kerana menjadi minoriti maka mereka menjadi mangsa kepada kaum Kayan yang dominan di Apo Kayan. Mereka diperangi di dalam perluasan wilayah kaum Kayan yang turut mengamalkan perang kayau.

Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang 'Hilang' Di Sarawak
Kredit foto: Borneo Oracles

Disebabkan perang itulah juga menyebabkan kaum Miriek akhirnya membawa kepada penghijrahan mereka ke kawasan Baram beratus-ratus tahun dahulu dan seterusnya meneroka serta membuka seluruh kawasan dan cabang sungai-sungai Miri dengan menjadikan pertanian dan nelayan sebagai sumber ekonomi mereka.

Sudah menjadi lumrah sejak dahulu kala bagi etnik-etnik di Borneo bagi memastikan kesinambungan sesuatu kaum agar tidak hilang dan juga untuk menjaga kestabilan serta keamanan, maka perkahwinan campur akan diadakan.

Etnik Miriek terbahagi kepada dua sub

Dengan adanya perkahwinan campur ini maka hubungan baik antara kaum-kaum yang mendiami kawasan yang sama akan lebih kukuh dan terjamin. Kaum Miriek sendiri tidak terkecuali dan kerana adanya tradisi kahwin campur ini maka kerana itulah Etnik Miriek terbahagi kepada dua sub-etnik iaitu yang dinamakan Miriek Bahut dan Miriek Permaisuri.

Miriek Bahut adalah orang asli etnik Miriek iaitu tidak mengadakan perkahwinan campur dengan kumpulan masyarakat lain.

Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang 'Hilang' Di Sarawak
Baju tradisional kaum Miriek

Manakala, Miriek Permaisuri merujuk kepada perkahwinan campur yang telah diadakan antara seorang wanita Miriek Bahut bernama Timah dengan seorang bernama Tahir, anak kepada Ratu Permaisuri dari Sulawesi.

Perkahwinan campur inilah menjadi titik tolak perkahwinan kaum Miriek dengan etnik-etnik lain di Sarawak seperti Melayu, Iban dan sebagainya. Merekalah dikenali sebagai Miriek Permaisuri.

Jatti Miriek antara bahasa tertua di dunia

Andai sudah mempunyai satu golongan masyarakat maka sudah tentu ada bahasanya. Dan mungkin ramai yang diluar sana tidak mengetahui bahawa etnik Miriek mempunyai bahasanya sendiri iaitu jika dikalangan etnik Miriek menggelarnya Bahasa Tuttot Miriek yang dipercayai telah dipertuturkan lebih 400 tahun lamanya.

Oleh kerana bahasa ini adalah satu bahasa yang jarang dikaji dan kekal sebagai bahasa lisan sahaja maka penggunaan bahasa ini di kalangan generasi baru etnik Miriek amat kurang atau langsung tidak digunakan. Dan ini adalah sesuatu yang merugikan kerana bahasa itulah sebenarnya akar kepada adat budaya dan sejarah etnik Miriek itu sendiri.

Kenali lagi kaum-kaum ‘rare’ di Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/kenali-etnik-kiput-sarawak-suku-kaum-yang-rare-masa-kini/
Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU
SUMBER :The Patriots
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom
Next Article Dicipta Sebagai Makanan Perang Askar China, Ini Sejarah Ringkas Roti Kompia Yang Popular Di Sibu Sejarah Ringkas Roti Kompia Yang Popular, Rupanya Dicipta Sebagai Makanan Perang Askar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?