• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lakar Sejarah Rangkul Tali Pinggang WBC, Kilat Boy Dedikasi Kemenangan Khas Buat Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
12 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kilat Boy mengalahkan lawan dengan TKO pada pusingan ke 5

Lakar Sejarah Rangkul Tali Pinggang WBC, Kilat Boy Dedikasi Kemenangan Khas Buat Sarawak. Dilaporkan, jaguh tinju sensasi yang berasal dari Sarawak, Daeloniel McDelon Bong telah berjaya melakar sejarah apabila merangkul gelaran Super Bantamweight Asia Konfederasi Tinju Dunia (WBC) setelah menewaskan petinju Thailand, Yutthichai Wannawong di Stadium Perpaduan di Petra Jaya Kuching, malam tadi.

Petinju kelahiran Sri Aman yang juga dikenali dengan gelaran ‘Kilat Boy’ itu merangkul kejuaraan Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg) selepas menewaskan Yutthichai dengan Technical Knockout (TKO) pada pusingan kelima.

Lakar Sejarah Rangkul Tali Pinggang WBC, Kilat Boy Dedikasi Kemenangan Khas Buat Sarawak
Lakar Sejarah Rangkul Tali Pinggang WBC, Kilat Boy Dedikasi Kemenangan Khas Buat Sarawak. Gambar tangkap layar dari perlawanan secara langsung Kilat Boy

Kilat Boy mendominasi setiap pusingan

Dengan sorakan padu lebih 2,000 penyokong, Kilat Boy berjaya mendominasi setiap pusingan dan berjaya menjatuhkan Yuttichai beberapa kali sebelum pengadil menamatkan perlawanan.

Daeloniel yang ditemui selepas perlawanan, merakam penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kejayaannya itu.

Daeloniel merakamkan rasa gembira dengan kejayaan yang dicapai di negeri kelahirannya kali ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan terhadapnya selama ini.

Lakar Sejarah Rangkul Tali Pinggang WBC, Kilat Boy Dedikasi Kemenangan Khas Buat Sarawak

Idaman menjadi kenyataan

Beliau juga berkata bahawa kemenangan ini menjadi idaman dirinya sejak bertahun-tahun lalu dan kini menjadi kenyataan.

Kilat Boy turut mendedikasikan kemenangan ini untuk Malaysia dan Sarawak khasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, Inocian Reynaldo dan juara Bantamweight Persekutuan Tinju Asia dan juara Bantamweight WBC-Asia, Herlan Sixto Gomez, yang terlibat dalam latihan beberapa minggu ini.

Lagi mengenai Kilat Boy di sini:

Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman ‘Kilat Boy’ Raih Juara Di Pakistan
Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Gelagat Orang Utan Di Sandakan Selongkar Cari Air Dalam Peti Sejuk Tarik Perhatian Netizen Tular Gelagat Orang Utan Di Sandakan Selongkar Cari Air Dalam Peti Sejuk Tarik Perhatian Netizen
Next Article Guru Sekolah Pedalaman Di Sarawak Ini Ubah Bilik Darjah Jadi Cantik Guna Elaun Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?