• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi

Oleh
Ismail NA
26 Februari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan

Kisah lagenda di sebalik puaka Jeram Pelagus

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi. Jeram Pelagus merupakan sebuah kawasan jeram yang amat digeruni di Sarawak. Mana tidaknya, ramai individu yang telah kehilangan nyawa apabila melalui kawasan ini.

Untuk pengetahuan anda, Jeram Pelagus merupakan kawasan jeram berbatu tajam yang terletak antara Pekan Belaga dan Kapit. Kawasan berbahaya sejauh 15 kilometer itu menempatkan batu-batu tajam yang berbahaya dan berada pada kedalaman kurang daripada 5 meter.

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi
Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi. Kredit : Sarawak Voice

Mana-mana pengangkutan air yang hendak ke kawasan rumah panjang masyarakat Iban, Kejaman, Lahanan, Punan, dan Kayan harus melalui kawasan jeram ini terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, perjalanan pengangkutan air dari Pekan Kapit dan Sibu menuju ke Belaga dan Bakun di hulu Sungai Rejang turut melalui kawasan jeram puaka ini.

Namun, mengapakah seekor ular gergasi dikatakan mempunyai kaitan dengan puaka Jeram Pelagus?

Kisah puaka Jeram Pelagus ini dikatakan berasal dari jelmaan seekor ular gergasi yang bernama Nabau.

Menurut cerita penduduk asal yang tinggal berdekatan kawasan Jeram Pelagus, Nabau merupakan seekor ular gergasi yang menyerupai ular gergasi Anakonda di Amazon. Ia mempunyai kebolehan untuk menukarkan dirinya menjadi seorang manusia. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim ular mengawan.

Pada suatu hari, Nabau menyedari terdapat seorang wanita cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki di kawasan Jeram Pelagus. Walau pun wanita tersebut mempunyai ramai peminat, namun tidak ada seorang pun yang berani meluahkan perasaan kecuali Nabau. Lelaki lain hanya mampu meminati dan memuji dari jauh sahaja.

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi
Gambar hiasan.
Sumber : Dato’ Mohamad Hoessein Enas

Demi mengejar cintanya terhadap wanita tersebut, Nabau mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa dan memikat wanita tersebut. Beliau akhirnya berjaya mendekati wanita tersebut dan mereka saling berbual-bual.

Namun, perbuatan Nabau tidak disenangi oleh salah seorang lelaki yang rupa-rupanya memerhati gerak geri Nabau sejak awal. Lelaki tersebut merupakan suami kepada wanita tersebut. Tambahan pula, ia seorang pahlawan yang digeruni di kawasan Jeram Pelagus.

Menyedari tingkah laku Nabau yang semakin keterlaluan, pahlawan ini akhirnya memutuskan untuk bersemuka dengan Nabau bagi melindungi isterinya daripada terus diganggu. Perjumpaan antara kedua-duanya telah menjadi sebuah pergaduhan yang dahsyat.

Nabau dibunuh dan ditetak menjadi 7 bahagian

Nabau telah dibunuh sewaktu cuba menukarkan dirinya kembali menjadi seekor ular gergasi. Pahlawan tersebut telah menetak tubuh badan Nabau sebanyak 7 kali sewaktu Nabau berlingkar. Ketujuh-tujuh bahagian badan tersebut kemudian dibuang ke Jeram Pelagus.

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi
Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi. Gambar hiasan.
Kredit : Sejarah Tuhan

Tidak semena-mena, 7 bahagian tersebut dipercayai telah bertukar menjadi 7 bongkah batu tajam yang berbahaya di kawasan Jeram Pelagus.

7 bongkah batu bernama Wong sempena nama seorang pakar letupan

7 bongkah batu berkenaan dikenali dengan nama Wong Lapoh, Wong Nabau, Wong Batu Kawie, Wong Sukat, Wong Tilan, Wong Batu Naga dan Wong Pantu.

Gelaran Wong dihadapan nama bongkah batu ini pula bukanlah nama asal batu-batu tersebut. Sebaliknya ia merupakan gelaran yang diberikan sempena seorang pakar letupan yang meninggal dunia di Jeram Pelagus iaitu Wong. Pada tahun 1970-an, Wong dikatakan telah cuba untuk meletupkan bongkah batu besar di Jeram Pelagus.

Walau bagaimanapun, operasi tersebut telah gagal dan menyebabkan Wong terkorban. Oleh itu, nama Wong diletakkan di pangkal nama batu-batu itu bagi memperingati kematian pakar letupan tersebut.

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi
Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi. Kredit : tuyang81.blogspot.com

Lokasi kejadian bot karam, pemenggalan kepala askar Jepun

Puaka Jeram Pelagus telah mengorbankan lebih 40 nyawa sejak tahun 1970-an. Kebanyakannya adalah melibatkan pengangkutan air seperti bot ekspres karam akibat tonjolan batu ketika paras air rendah serta pusaran dan gelora air yang kuat ketika air pasang.

Bukan itu sahaja, Jeram Pelagus ini pernah menjadi tempat takungan darah askar Jepun yang ditawan dan dipenggal oleh pahlawan Iban semasa pengunduran mereka dari kawasan tengah Sarawak semasa kalah dalam Perang Dunia Kedua. Kejadian ini berlaku pada tahun 1945.

Walau bagaimanapun, jeram ini juga berperanan menjadi pelindung kepada masyarakat Orang Ulu daripada serangan masyarakat Iban ketika mereka masih aktif memburu kepala atau ‘ngayau’ semasa abad ke-19. Dengan adanya jeram ini, masyarakat Orang Ulu sukar diganggu kerana pergerakan terbatas dan sulit.

Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi
Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi. Kredit : dayaktalino.blogspot.com

Masih tiada akses jalan raya yang sempurna untuk penduduk Jeram Pelagus

Sehingga kini, masih tiada jalan darat yang sempurna untuk penduduk sekitar kawasan Jeram Pelagus pergi ke kawasan bandar atau pekan untuk melakukan urusan penting dan sebagainya.

Walau pun beberapa bongkah batu telah berjaya diletupkan bagi membuka laluan yang lebih besar dan selamat, namun perhubungan jalan darat seharusnya disediakan bagi menghubungkan penduduk Jeram Pelagus dengan dunia luar.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut
Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Siapa Dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia
Next Article Kerajaan Sokong Cadangan Tubuhkan Cawangan Universiti Shanghai Fudan Di Sarawak Kerajaan Sokong Cadangan Tubuhkan Cawangan Universiti Shanghai Fudan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?