• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!

Oleh
Ismail NA
17 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah, Kementerian Kesihatan Malaysia!

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah! Prestasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik di Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi pengendalian tersebut diketuai oleh ketua pengarah kesihatan yang berwibawa iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Isi Isi Penting
  • Tahniah, Kementerian Kesihatan Malaysia!
  • DG Hisham turut terima anugerah Outstanding BrandLeadership Award 2020
  • Kejayaan ini hasil kerjasama seluruh rakyat Malaysia
  • Anugerah BrandLaureate perkenal jenama ke peringkat antarabangsa
  • Lagi artikel menarik :

Kejayaan KKM kini diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila kementerian tersebut hari ini memenangi anugerah berprestij pertama e-branding BrandLaureate daripada The World Brands Foundation.

DG Hisham turut terima anugerah Outstanding BrandLeadership Award 2020

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

Bukan itu sahaja, ketua pengarah kesihatan, DG Hisham turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Outstanding BrandLeadership Award 2020. Wah!

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

Menerusi laman Facebook DG Hisham, beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai kejayaan yang dimiliki oleh seluruh petugas barisan hadapan dan sesiapa sahaja yang telah bekerja keras di sebalik tabir.

Malah, anugerah tersebut melambangkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM serta pelbagai agensi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Kejayaan ini hasil kerjasama seluruh rakyat Malaysia

Jelasnya lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menghadapi halangan dan cabaran semasa memerangi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, rakyat di negara ini telah berjaya mengatasinya secara kolektif dan bersatu hati.

Bukan itu sahaja, tagline ‘Semua sektor ialah sektor kesihatan’ juga menjadi realiti apabila rakyat dan pihak kerajaan sama-sama berganding bahu untuk membendung penularan pandemik.

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

DG Hisham yang mewakili seluruh warga kerja KKM turut menghargai kerjasama dan kesabaran rakyat terhadap petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Anugerah BrandLaureate perkenal jenama ke peringkat antarabangsa

Untuk pengetahuan anda, Anugerah BrandLaureate adalah anugerah penjenamaan yang dianjurkan oleh The World Brands Foundation (TWBF) yang mengenal pasti jenama dan memperkenalkan mereka di mata antarabangsa.

Antara jenama yang telah memenangi anugerah jenama dunia BrandLaureate ini adalah seperti Coca Cola, Shell, Starbucks, KFC, Intel, Levi’s dan banyak lagi.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada KKM!

Lagi artikel menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taruh RM38 Juta, Lelaki Ini Guna Duit Bantuan Pandemik Untuk Berjudi Di Vegas Taruh RM38 Juta, Lelaki Ini Guna Duit Bantuan Pandemik Untuk Berjudi Di Vegas
Next Article Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?