fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut

Kedung BK Oleh Kedung BK
12 Jun 2020
Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pengumuman Dari DG Dr. Noor Hisham

Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut. Semasa sidang media siaran langsung Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (11 Jun), Datuk Dr. Noor Hisham mengumumkan Malaysia akan diisytihar bebas virus sekiranya Malaysia tidak mencatat kes jangkitan selama 28 hari berturut.

Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut
Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut

Bakal Mengikuti New Zealand

Beberapa hari lepas, negara New Zealand telah melaporkan pesakit terakhir telah sembuh dan discaj, diikuti oleh tiada kes jangkitan baharu selama 17 hari berturut. Anda boleh baca lebih lagi disini:

ADVERTISEMENT

Walaupun dah diisytihar bebas Covid-19, New Zealand masih menutup pintu masuk sempadan antarabangsa dan hanya pelancongan domestik dibenarkan.

Berhubung dengan situasi di Malaysia, Dr. Noor Hisham berkata,

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

“Pada masa ini untuk mengakhiri kluster, kami akan memantau selama 28 hari, iaitu dua kitaran masa inkubasi virus. Sekiraqnya kita mendaftarkan sifar kes selama 28 hari berturut-turut, maka kita akan mengisytiharkan Malaysia bebas dari Covid-19, itu lah penanda aras kita.”

Beliau juga berkata beliau menjangka semua sektor akan dibuka pada hujung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Buat masa ini, kementerian sedang menyediakan SOP untuk perniagaan refleksologi dan urut untuk kembali beroperasi.

“Semasa tahap pemulihan, kami mendorong semua sektor untuk dibuka kembali secara berperingkat. Untuk aktiviti refleksologi dan urut, kementerian kini sedang membincangkan dan mengkaji SOP yang sesuai dan akan dikirimkan ke NSC secapat mungkin,” ujarnya lagi.

Lebih banyak sektor akan dibenarkan buka selagi kes di Malaysia tidak meningkat secara drastik. Tambahnya lagi, yang penting sekarang adalah untuk memastikan jumlah kes tidak meningkat dengan cepat.

ADVERTISEMENT

“Sekiranya kita dapat mempertahankan kes baru dengan satu atau dua digit, lebih banyak sektor akan dibenarkan untuk beroperasi semula,” katanya lagi.

Jadi, walaupun kita semua sudah dilonggarkan kawalan, diharapkan kesedaran risiko masih ada dan kekal mengambil langkah-langkah berjaga ketika anda keluar dari rumah anda. Amalkan pembersihan yang kerap, kita jaga kita. We can do it, gais!

Lebih lagi disini:

SUMBER : The Star
Share2501Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy