• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini

Oleh
Aina Musa
22 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini

Jarang pelancong bercuti di luar bandar ni

Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini. Sebut sahaja nama Sarawak, pasti anda akan terbayang sebuah negeri yang besar dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk diterokai.

Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini
Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini. Kredit Foto: Tiktok Rafffeque

Namun, rata-rata yang datang ke Sarawak akan memilih bandar utama sebagai tempat pelancongan mereka. Namun sebaliknya yang berlaku kepada seorang pelancong yang datang jauh dari bumi semenanjung ini.

Beliau berkongsi satu video yang berkonsepkan ‘travelog’, di mana beliau memilih Kapit iaitu sebuah daerah kecil di Sarawak yang terletak di luar bandar untuk bercuti bersama keluarga beliau.

https://vt.tiktok.com/ZSR9ao513/

Menariknya ‘travelog’ itu, beliau berkongsi beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar Kapit.

Kongsi beberapa tempat menarik di Kapit

Dalam travelog itu, beliau sempat berkongsi mengenai beberapa tempat untuk dikunjungi di sekitar Kapit.

Lokasi pertama yang dikunjungi beliau adalah di Kubu Emma yang terletak di Kanowit.

Selepas itu, beliau ke pekan kecil di tengah-tengah Kanowit iaitu Pekan Song. Tambahnya, beliau teruja sepanjang berada di pekan tersebut. Ulasnya, beliau terasa seperti berada di pekan kecil pada zaman kolonial disebabkan bentuk dan struktur bangunan lama pekan itu.

Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini
Kredit Foto: Tiktok Rafffeque

Selepas ke Kanowit, beliau meneruskan perjalanan ke Kapit. Sepanjang perjalanan itu, beliau kagum dan terpukau dengan keindahan pemandangan rumah panjang dan jambatan panjang yang melintasi Sungai Rajang.

Beliau juga sempat merasai dan melihat pemandangan matahari terbenam dengan langit bewarna merah jambu di Kapit.

Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini
Kredit Foto: Tiktok Rafffeque

Selepas itu, beliau ke Medan Selera Gelanggang Kenyalang untuk menikmati menu ‘rare’ iaitu roti canai goreng. Lebih menarik, beliau kagum apabila melihat semua kaum berkumpul untuk makan di situ di mana situasi ini boleh dikatakan biasa di bumi kenyalang ini.

Setelah itu beliau ke Pasar basah Kapit dan berkesempatan melawat ke Muzium Kubu Sylvia.

Travelog yang berjaya mendapat pujian netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji travelog beliau.

Antaranya, ramai yang berpendapat perkongsian beliau menarik dan membuatkan penonton ingin berkunjung ke Kapit.

Kredit Foto: Tiktok Rafffeque
Kredit Foto: Tiktok Rafffeque

Bukan itu sahaja, travelog beliau juga berjaya mendapat pujian daripada warga Sarawak sendiri kerana segelintir warga Sarawak sendiri belum pernah datang ke Kapit.

Kredit Foto: Tiktok Rafffeque
Kredit Foto: Tiktok Rafffeque
Kredit Foto: Tiktok Rafffeque
Kredit Foto: Tiktok Rafffeque

Dikesempatan itu, warga Kapit juga sempat mengucapkan ucapan terima kasih kepada beliau kerana memilih Kapit sebagai destinasi pelancongan beliau.

Anda pun rasa nak berkunjung ke Kapit? Jangan lupa singgah di sini:

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
https://www.iloveborneo.my/ketahui-menu-unik-dan-menarik-di-kapit-roti-canai-goreng-ini-diwarisi-sejak-empat-generasi-lamanya/
SUMBER :Tiktok rafffeque
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross
Next Article Risau BF 'Hesmes' Kena Kacau Di UNIMAS, Soalan Individu Ini Buat Netizen Meluat Risau BF ‘Hesmes’ Kena Kacau Di UNIMAS, Soalan Individu Ini Buat Netizen Meluat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?